Monday, April 14

Bengkel TM I



Hari yang bagi saya cukup menggembirakan. Saya bakal bertolak ke Kuala Terengganu pagi ini. Saya bersiap mengemas barang-barang keperluan. Berdebar juga saya. Maklumlah, ini temuduga pertama saya dan inilah pertama kali saya merantau ke Taring Anu seorang diri. Saya tiba awal di stesen bas. Sempat saya ke Seven Eleven untuk membeli sedikit bekalan kredit prabayar. Saya jengah kaunter Transnasional. Katanya bas sudah sampai. Sambil berlalu ke kereta, saya jeling bas yang dimaksudkan kerani tadi. Oh..bas tiga tempat duduk sebaris. Selesa perjalanan pergi saya ini… Mengambil pengajaran dengan apa yang saya alami semalam, saya ambil keputusan untuk memaklumkan Abah setiap kali saya melewati bandar-bandar tertentu. Kami berhenti 20 minit di Terminal Makmur. Saya buru-buru cari kedai untuk sedikit bekalan sepanjang perjalanan. Tidak lupa juga ke tandas. Kembali ke bas dan tidak berapa lama selepas itu, bas bergerak kembali menuju ke Kuala Terengganu. Saya menikmati perjalanan seadanya. Duduk berseorangan, saya hilangkan bosan dengan berhubungan dengan rakan. Sungguh saya rasa sekejap perjalanan hari itu. Kami tiba di Paka pukul 2 petang dan penumpang semua turun untuk menjamu selera dan menikmati Solat Zohor. Perjalanan diteruskan dan saya tiba di Kuala Terengganu pada pukul 3 petang lebih. Sebelum sampai ke Kuala Terengganu, saya meneliti seandainya ada papan tanda ke Kolej Multimedia Timur. Apa yang saya nampak seimbas lalu hanyalah beberapa menara di balik pokok berwarna kuning. Saya rasa itulah tempat yang bakal saya dan pemohon biasiswa lain duduki. Saya tiba di Hentian Bas Kuala Terengganu selepas rakan saya sampai. Rakan saya menunggu di situ. Kami tidak melencong ke mana-mana. Kami terus menuju ke Marang. Memang rasa diri menyusahkan, namun, saya terpaksa. Mujur ada Faisal yang sudi menghantar walaupun ia dianggap seperti membuat pusingan U. Terima kasih ya, Faisal! Saya tiba di sana memang agak tepat pada waktunya. Saya ambil kunci di kaunter dan menyerahkan segala dokumen diperlukan. Setelah masuk itu, saya naik ke bilik. Bilik saya, B di tingkat empat. Saya menaiki tangga sisi. Mengira jika sudah cukup empat tingkat atau tidak yang telah saya lalui. Saya letih sudah tika saya sampai di ‘tingkat 3’. Saya buka pintu. Terkejut bukan kepalang bila saya melihat papan tanda aras. Saya kini berada di aras 6! Saya ambil keputusan turun 2 tingkat lagi. Sampai di tingkat empat, saya disapa teman yang saya beri kunci untuk ke bilik dahulu sementara saya menyelesaikan urusan di bawah. Mula-mula saya kurang faham akan struktur bangunan ini, tetapi setelah diteliti, saya mulai faham. Satu tingkat bangunan biasa dianggap 2 tingkat di bangunan ini. Saya rasa beruntung ditempatkan di 4B. Antara bilik yang ada balkoni di tingkat empat. Balkoni saya menghadap blok Alpha (a). Saya yang tinggal di blok Lambda (l) masih boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan. Lokasinya di atas bukit membuatkan suasana sedikit berangin. Saya teringat tanggungjawab belum terlunas, lantas telefon selular saya dail nombor telefon Abah. Along mengangkatnya. Saya khabarkan keadaan saya di sini. Selesai menghubungi Abah, saya berkenalan dengan teman sebilik, Nizar. Orangnya memang hebat. Dahulu bersekolah di Maktab Rendah Sains Mara Tun Ghafar Baba, Jasin, Melaka (dahulu dikenali sebagai MRSM JASIN). Berbual membuatkan saya sedikit lapar. Lantas, saya ajak Nizar turun ke dewan makan. Menikmati minum petang bersama Nizar, kami sempat berkenalan dengan Fadzil. Bekas pelajar Maktab Tentera Diraja yang nampak hebat dan gah. Selimpas mata berlalu pada cara dan gayanya, saya sudah mengagak dia bukan pelajar sekolah biasa. Katanya, dia ada abang dan adik bersekolah di KISAS. Malangnya, saya tidak sempat bersua mereka.

Sunday, April 13

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Kami sampai di kota raya tepat 1.30 tengah hari. Bertiga kami; Along dan Kak Najah dan saya sendiri menuju ke Stesen Masjid Jamek. Kami tunaikan solat Zohor. Menunggu Angah yang baru tamat waktu bekerja sungguh menyeksakan. Kami menunggu sehingga jam hampir menunjukkan pukul 3 petang. Usai makan, kami ke PWTC. Orang ramai sungguh. Padat! Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan keseluruhan pameran. Padat dengan manusia, ilmu dan gerai. (Ilmu itu saya maksudkan buku dan pengalaman). Seronok ke sana. Cuma kesesakan membuat saya lebih penat. Saya buat keputusan bermalam di rumah kawan saya di Cheras. Katanya, kakak keduanya menunggu untuk membawa saya pulang. Saya akur. Saya ke Sogo dulu sebelum ke Masjid Jamek untuk berjumpa kak Liyana. Di Sogo, saya sempat membeli sehelai baju untuk dipakai esok. Saya menuju ke Masjid Jamek tika hari sudah gelap. Sukar untuk saya ceritakan detik-detik malam itu, namun pengajaran yang saya berjaya dapat, berkomunikasi dengan baik boleh membantu perjalanan hidup kita. Saya sedar itu apabila diri terpaksa menyusahkan kak Liyana dengan penantian. Saya tiba di rumah Irfan sekitar 9 malam. Saya akui, memang selesa di rumah Irfan. Bagai di rumah sendiri. Seronok saya lihat cara ayah Irfan menerapkan nilai kehidupan Islamik kepada anak-anaknya. Hari kedua itu, saya sempat ke Plaza Low Yat dahulu sebelum pulang. Saya pulang dengan tiket pukul 7. Sampai di Temerloh, kami dinasihati Ma dan Abah. Kenapa tidak maklumkan perkembangan kami di KL? Saya terdiam. Memang silap kami. Harap saja telefon selular satu seorang. Hubungilah orang yang tersayang!

Saturday, April 12

Petronas atau TM??


Rabu lepas, saya mendapat 2 mesej. Ditulis di situ daripada FOCus. Musykil saya. Setelah dibaca mesej tersebut, baru saya fahami, saya dijemput ke Bengkel Pemilihan Pelajar tajaan Yayasan Telekom Malaysia. Bengkel diadakan di pantai timur; Terengganu Darul Iman. Saya mula risau. Mungkin ada pertembungan dengan Educamp anjuran Petronas. Pada mulanya, hati saya agak berbelah-bahagi. Hari Khamis, En Salam menelefon saya. Saya bingung. Saya katakan padanya saya belum dapat memastikan kehadiran saya di bengkel tersebut. Pesannya, sila berikan kepastian, sebelum tengah hari esok (Jumaat). Saya kemudiannya berbincang dengan keluarga. Semua memberikan sokongan malam itu. Saya nekad. Malam itu juga saya menghubungi kawan sekelas saya, Faisal Adlan. Haha..mungkin nampak seperti mencari kawan semasa susah, tapi saya terpaksa. Saya hubunginya, bertanya jika dia ada lesen memandu. Katanya ada, tapi motosikal sahaja. Saya akur. Kalau hidup di rantau orang jangan ‘demand’ lebih-lebih! Mujur saja ada orang sudi menghantar saya daripada Stesen Bas Kuala Terengganu ke Kolej Multimedia Timur. Saya belum mendapat gambaran tempat tersebut memandangkan saya belum pernah bermusafir ke Negeri Taring Anu secara bersendirian. Pagi Jumaat saya menelefon En. Salam untuk memastikan kehadiran saya dan petang itu juga, saya beli tiket ke Kuala Terengganu pukul 9 pagi hari Isnin. Malam itu, saya tidur awal. Saya perlu berangkat ke Kuala Lumpur. Ada misi penting. Pagi ini, saya dapat pesanan penting! Keputusan ke EDUCAMP telah keluar. Saya sambung talian internet Narrowband 1315. Saya buru-buru periksa status permohonan. Saya tiada rezeki untuk ke EDUCAMP. Saya cuma terdiam. Pada awalnya, saya belum bersedia menerima hakikat. Pada akhirnya, saya dapat menerima hakikat. Saya gunakan pengalaman emosi saya yang pernah dulu beraksi sedemikian bila permohonan MARA saya tidak berjaya. Tetapi, setiap kali saya memaklumkan keluarga saya tentang kegagalan saya dipanggil temuduga, soalan yang akan muncul adalah; “Tak dapat? Kenapa?”. Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan semikian rupa. Kenapa saya tidak dipilih bukan urusan saya dan saya tidak diberitahu akan alasan tersebut. Jadi, saya teruskan perjalana ke Kuala Lumpur dengan tenang. Saya terima kegagalan permohonan biasiswa Petronas saya dengan penuh hikmah. Hmm…kemahiran mengawal emosi itu penting dalam membuat kita rasional dalam setiap aksi.

Thursday, April 10

Selamat hari lahir!


Selamat hari lahir buat adikku Nabilah. Semoga dengan meningkatnya umur, meningkat juga pengalaman dan jasa kamu terhadap Islam!! Selamat Berjuang!

Sunday, March 30

Toastmaster Program for School Leavers...



It is a wonderful experience to be there in PERMATA to join a profitable program. I was called by En. Shari while I am on my holiday at Kelantan. At the day as what God fated, I went to Kuala Lumpur. I was there at 1130 GMT. As I reach Pekeliling Bus Hub, I called my sister. She told me that she was at the escalator near the STAR-LRT station. I met her there. We were planned to take a wonderful breath in SOGO before I went to Sg. Besi. My cousin was waiting at the Sg. Besi LRT Station. It just 15 minutes in the SOGO, my cousin called me and said that they are on the way to that station. I was so shocked. I just remembered that I haven’t called my cousin to tell her that I’ll be at SOGO to accompany my sister. I rushed off to the station. I hope the train will move faster. I reached Sg. Besi around 1330 GMT. It is an embarrassment or me because I’d make my cousin and her husband waited for me for about one hour. We just drop by her house to take our lunch. At 2 o’clock something, we were heading to Petronas Management Training Sdn. Bhd. It was situated at Bangi Institutional Area. An area which most of the training centre was allocated. It was a big area with hostel inside it. I’m the earliest participant to arrive there. I was checked-in at 1500 GMT. I thanked my cousin, Kak Teh and Abang Ridwan that send me there. I just sit in the room after my cousin went home. They need to prepare for their business at night market. So, as what I hoped, they sent me earlier there. I’ve called my friends to dissipate my boringness. I called Mad. We initially talking about which are more important career; engineer or doctor? Finally we made the most accurate conclusion; both careers are depending to each other. While I was talking to Mad, my roommate came in to the room with his family. They were shocked to see me inside the room and my time of arrival too. I’m please to see them. His name is Nazrul Hafiz. Please to meet you, Nazrul! Nazrul and I just keep waiting in the room. Finally, we heard a couple of click sound from the door. We glad to see our new roommates, Razi. It’s my pleasure to meet him. At last, before dawn, we accept our last final roommate. His name is Nazirul. I’m so charmed to know him. We then, were going downstairs to take our dinner. There we met our neighbors from the opposite room. Tan was taking his dinner together with Akmal and Hanif. After performing our Maghrib prayer at the pray hall, we went to LR Sapphire together. There we met En. Norman and we did have our brief introduction to the course and about other participant. There I started to met Raja Shahadan from Kelantan. I met Fatin, Aini, Syimma, Murni, Amilia and Nabilah too. It was a wonderful experience to know them all. We had a two-day course there.

This is the list of our class member:-

  1. Ahmad Ibrahem (KISAS)
  2. Amilia (KISAS)
  3. Nazrul Hafiz (SEMESTI)
  4. Syimma (SEMESTI)
  5. Hanif (SMKA SHAMS)
  6. Murni Wadaah (SSP)
  7. Nabilah (SSP)
  8. Nazirul (SERATAS)
  9. Aini (SMK Geliga, Kemaman)
  10. Razi (SMK La Salle, Klang )
  11. Fatin (SAMURA)
  12. Tan (St. Michael Institution)
  13. Akmal (MRSM Taiping)
  14. Raja (SMS Tengku Muhamad Faris Petra)

During our first class, I was shocked to see the trainer’s name. He is Azmi Shahrin! The person that had come to my college to give keynote address to our English Week Launching Ceremony. I was also had made a brief research of his background while I was completing my task during English class. Well, it is easy to learn something from a person that we knew than learning something from stranger. Well, as an introduction, we acted as interviewer to our friends. We sat in a group that consisted of boys and girls. It is a new thing to me to sat one table with girls. Then, we need to present our friends to the rest of the class. During that session, we learn how to apply our body gestures. It was more confident if we talk with our hands in Muslim prayer position. First thing to do if you need to give a speech in an occasion is;

  1. Prepare and practice
  2. Take deep breath.
  3. Look at friendly, smiling and happy faces.

We also were being taught by Mr. Azmi that in order to overcome our nervousness, we need to gain more experience. Well, I am actually hoped that I’ll join a Toastmaster club someday. Along that day we learnt about something important; removing our speech crutches such as ‘um’, ‘ah’,’ok’ and etc. We also learnt that the words that end with ‘t’ and ‘te’ have the ‘teh’ sound. Well, I can’t give some example because it is needed to do by practical. In the evening, we learnt about speech organization. There is a template to help speakers in organizing their speech.

Introduction

- Tell audience what you are going to speak.

- Benefits to audience when they hear your speech.

- Briefly state what is your point.

Body/Content

- State your idea

- Elaborate it

- State example

- Repeat

Conclusion

- Summarize your points

- Call for action

We then practice our new knowledge in our speech. I choose to present about ‘The person I admire most…’ It is an interesting topic since I choose to talk about my mentor, Faisal Tehrani. I made a moderate speech. But still, I tried to apply all my knowledge that I get there. Hah! I’m almost forgot to tell you’ll that word end with ‘k’, ‘ke’ and ‘c’ had the ‘keh’ sound when we pronounce it. Words that end with ‘p’ also have the sound ‘peh’ in its pronunciation. Again, I can’t demonstrate it! Heheh..It’s okay. If you want me to teach you how to pronounce it, you can easily add me as your contact in Yahoo Messenger. I can show you there. So, just add me at penulis_pahang@yahoo.com. We end our session that evening at 1700 GMT. We were then performing our Asar prayer before we have our indoor and outdoor game activities. I’m initially choose to have a ride around PERMATA. I went cycling with Akmal. It was so boring. PERMATA just don’t have interesting place for us to sit. I do suggest to PERMATA for having a small lake and automatically add more facilities especially in water sports. Then, after returned the bicycle to its place, we just borrow the pool set from the reception counter. I played it with Akmal. It was my first time playing that game. At the beginning, it was hard. But, after got tips from Akmal, I know how to play. We played two games in 30 minutes. After returned the pool set, we waited for our dinner. It was wonderful as that time was our last dinner there. We just don’t know what to do that night since PERMATA offer no games or activity at night. It maybe to protect others’ privacy. Again, to dissipate my boringness, I called Zoolhelmi. He is going to Langkawi for a holiday with Safwan (a.k.a Cipon). I slept that night at 10 p.m. something. Hmm…The next day started and I’m impatience to start our class. Well, that day we learnt how to speak under pressure. It is indeed, we talk without anticipation when there was pressure on us. Haha..You know what? Mr. Azmi gave us a topic for us argues with. The topic was women are better leader than men. We are divided into Teruna and Dara Team. Teruna team consisted of seven boys and Dara team consists of 6 girls and Raja, act as the leader was the only boy in that team. It is quite tough for us. We need to prove that women are better leaders than men since we are proposing the topic. It was hot! Haha…I’m not meant to being snob or arrogant but debate is my cup of tea. Well, I did practiced what I learnt at KISAS. It called debate strategy. It is important to let your opponent mentally and emotionally down. I did it well. After having the special debate, we had given some time by our trainer to prepare our manifesto since we are being one of the candidates in Malaysia 13-th General Election. I choose to found my own party named People Right Party (PRP) my manifesto is just one; to give the right of petroleum and national treasure to the citizen. With the right that people have, I can do the entire manifesto from other party. Haha...So simple, right? Alhamdulillah, I do it well. After debate and campaign session, we took our lunch. I sit together with Raja, Mr. Azmi and my other friends. After chatting with my friends for about 5 minutes, a PETRONAS worker join us in our table. His name is Mr. Saiful. We enjoyed our last lunch. At that time, Raja said that he want to be CEO of PETRONAS one day. That attracts our trainer’s attention. During evening last session, we were given an interesting topic; what is the most important thing will I do if I would be the CEO of Petronas. Haha…I’m not shocked to hear that topic. “As expected...”, I said it to myself. Hmm…that time, what in front my eyes was a blank foolscap paper. There was a watermark on the paper wrote ‘PERMATA-INSTEP’. I got an idea. What is the purpose of PETRONAS found this subsidiary company? I quest it in my mind. Realizing one of the purpose why PETRONAS founded Petronas Management and Training Sdn.Bhd. a.k.a PERMATA is to increase its workers’ productivity, I choose to increase my company productivity if I am the CEO of PETRONAS. The speech is handled after we had our last topic. We learnt about vocal variety for the last topic. There are 4 elements in varying our vocal;

  1. Volume (Loud or soft)
  2. Tone (High or low)
  3. Speed (Fast or slow)
  4. Pauses

I prepare for the last speech before the graduation speech. I’m actually practice my practice in front of mirror. So, I ask permission from Mr. Azmi to go to the toilet. Inside the toilet, I practice in front of the big mirror inside it. The result is, not bad! Mr. Azmi said that I’m almost complete speaker. Haha…I just use my skill in acting. In acting we use such skills to attract audience and to emphasize important things. After finishing our last speech, Mr. Azmi gave us a topic for our graduation speech. The topic was ‘What is my ambition and what make it important for PETRONAS?’, I was shocked when I’m called by Raja as the first speaker. Just imagine what happen to me that time, I told Raja that I don’t want to be the first speaker just because I’m not ready. I just gave a speech that not properly managed. I just talk whatever I got in my mind. It was the worst speech I ever had in the 2-day program. At least, I learn something. I just finish my course after 1800 GMT. After that, I packed my things and get ready to check out. It was the saddest time for me.

Ok..see you in my new entry..

Tuesday, March 25

Cuti-cuti Kelantan..


Hari yang dinantikan telah tiba. Kami sekeluarga ke Kelantan untuk menziarahi keluarga. Kami bertolak pukul kurang lebih 10 setengah pagi usai menyempurnakan urusan mengahantar borang biasiswa Yayasan Pahang. Kami sampai ke PT 106, Taman Sri Pulau, Kubabg Kerian. Sesampainya kami di sana, azan Maghrib dilaungkan. Kata abah, itu suara abangnya. Saya meragui kata-kata abah. Setelah mendengar betul-betul, saya mengesahkan. Abah cuma membalas.. “Aku taulah dia tu abang aku..” Saya terdiam. Ya, masakan adik sendiri tidak mengenal suara abangnya. Mak Long menyambut kami di tangga. Tidak saya sangka, Mak Long juga perasan perubahan fizikal saya. Saya membalas, “Lima belas kilo Mak Long!”. Mak Long seakan tidak percaya. Usai itu kami cuba memenuhi masa dengan khidmat diri. Saya mandi kemudian menyempurnakan tiang agama. Makan malam itu, saya teman abah, Ayah Long dan seorang lagi kawan ayah Long. Memang saya biasa dengan pak cik tersebut Cuma kami kurang mesra. Keesokan harinya, kami ke Kota Bharu mencari buah tangan untuk kakak saya di rumah dan di UM. Kami membeli-belah dan kemudiannya makan di kedai makanan francais yang terdekat. Usai itu, van abah meluncur laju menuju Pantai Cahaya Bulan. Airnya jernih. Tapi sayang, pantai yang indah itu terhakis dek ombak yang kuat menghempas pantai. Kini yang tinggal hanyalah pantai tidak berpesisir dan timbunan batu bagi menghalang hakisan lanjut. Di situlah saya menerima panggilan daripada Encik Shari daripada Petronas yang menyatakan bahawa saya terpilih untuk Program Toastmaster bagi Pelajar Lepasan SPM. Seronok mendengar berita itu. Saya bersyukur kerana saya memang minat pengucapan awam. Kami bermalam semalaman di rumah Kak Zei. Malam itu, Wakaf Che’ Yeh kami serbu. Ma berhasrat membeli tikar buluh. Ma tengok di rumah Mak Long, tikar itu dibentang. Kemas buatannya. Kami teruja. Bagaimana agaknya rupa ruang tamu kami dengan tikar itu. Seronok membeli-belah, perhatian saya dicuri. Sikap yang ditunjukkan oleh makcik si penjual tikar sungguh berani! Nak tahu apa dibuatnya? MEMAKAI EMAS DENGAN BANYAK! Betul. Sepanjang beberapa hari saya di Kelantan, saya lihat kaum Hawa di sini cukup berani memakai barang kemas dengan banyak. Kalau gelangnya itu, saya anggar beratnya sekitar 0.5 kg di kedua-dua tangan. Hebat! Kalau rantai, usah diceritakan. Kalau tidak ada tiga empat lapis, dianggap aib bagi mereka. Hmm..kalau dah dinamakan wanita Kelantan, tidak memakai emas itu dianggap satu kejanggalan. Saya berfikir, adakah mereka membayar zakat emas setiap tahun? Saya rasa ini isu yang agak penting. Untuk kepentingan umat Islam sejagat. Isu ini Insya-Allah saya akan kupas di lain entri. Jadi, buat sementara ini, jangan buat keputusan melulu tentang zakat harta (emas dan perak) dan kadarnya. Satu perkara yang menarik perhatian saya apabila keluar ke bandar Kota Bharu. Apa yang saya perhatikan, Kota Bharu adalah sebuah bandar aman dan tenteram. Saya tidak berniat untuk menjadikan entri saya ‘political offensive’, namun apa yang saya lihat ini benar-benar berbeza dengan bandar-bandar lain di serata Malaysia. Saya rasa tenteram di sana. Dan saya rasa penjual emas di kaki lima juga merasakan perkara yang sama! Percaya atau tidak, Kelantan adalah satu-satunya negeri yang pernah saya pergi di mana masih terdapat penjual emas di kaki lima. Hebat bukan? Beberapa hari di sana saya habiskan untuk keluarga dan waris terdekat. Bukan kami tidak teringin untuk menziarahi saudara jauh, namun, masa tidak mengizinkan. Dan entri ini nampaknya berakhir di sini!

Jumpa lagi di dalam entri akan datang!

Monday, March 24

Hospital Pekan yang besar tetapi kosong


Pagi-pagi lagi dikejutkan. Hasrat untuk ke Pekan telah abah nyatakan sejak semalam. Kami perlu ke Pekan. Simen di kaki abang Ala perlu dibuka. Setelah sampai di Pekan, kami terus ke Klinik Pesakit Luar (Hospital Lama Pekan). Selepas itu, saya memimpin abang Ala ke tingkat 1. Bersusah payah kami menaiki tangga. Sampai di kaunter, saya dilayan dengan cara yang cukup kurang sopan dan kurang ajar. Saya benci dengan cara dia melayan tetamu. Apatah lagi kami yang datang dari jauh. Bukan teringin dilayan seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun sikap yang ditunjukkan oleh pembantu jururawat itu benar-benar melampau. Serasa mahu melempangnya di situ juga. Alhamdulillah, destar kesabaran ini tidak terjatuh. Saya terus mengajak abah dan abang Ala terus ke Hospital Pekan (Baru). Di sana kami terus dirujuk ke Jabatan Kecemasan. Kami dilayan agak baik di situ (walaupun ada pembantu perubatan yang suka mempersoalkan kenapa kaki abang Ala jadi begitu). Kadangkala saya menyampah dengan perangai dan sikap mereka yang berlagak lebih professional daripada doktor. Kadangkala mereka lebih cerewet daripada doktor. Kehendaknya banyak. Benda yang tidak termasuk dalam prosedur pun hendak dilihatnya. Saya menemani abang Ala hingga ke akhir prosedur. Doktor menyuruh abang Ala berjalan. Kami kemudian ke kedai francais makanan terdekat. Usai makan, kami terus bersembayang dan kemudiannya kami menuju terus ke rumah Abang Ala. Dari rumah abang Ala, kami terus bergerak ke Temerloh. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat hampir ± 50 kes kematian kematian haiwan akibat dilanggar kenderaan. Saya cukup pelik melihat sikap pemandu-pemandu muda di Malaysia. Saya rasa kasihan melihat ‘keluarga’ haiwan yang ditinggalkan. Antara haiwan yang ‘terlibat’ adalah monyet (dan kaum kerabatnya), ular, biawak dan pelbagai haiwan yang biasanya berkeliaran di tepi jalan. Mungkin tulisan saya kali ini agak pelik (dan kelihatan seperti tulisan seorang aktivis haiwan mungkin), namun inilah satu suara yang saya rasa perlu dilaungkan. Hmm..mungkin ini sahaja kali ini. Jumpa di lain entri!

Salam dari Bumi Gading Bertuah..