Tuesday, February 24
2 lagi..
lepas tu saya akan merasa merdeka (hakikatnya tidak)
cuti inter-semester agak panjang..
9 hari..(kalau pelajar ALEX dapat cuti lama sikit...suka betul!)
yelah..kalau selama ni cuti sehari..hari jumaat
ramai yang kata hari jumaat tak seronok sangat cutinya..
mungkin sebab nak berjalan jauh sikit pun susah..
terikat dengan sembahyang jumaat!
cuti ni saya tak ada plan lagi..kalau boleh nak lawat Qahirah..
tak explore habis lagi ibu negara..
ada cadangan macam mana nak habiskan cuti?
takut pulak bosan...kalau Alexandria ni rasanya dah pergi ujung ke ujung..
dari Montazah ke Ra's at-Tin..
mungkin kalau ada masa nak juga ke Ma'moura, Abu Qir (Eir), dan belah-belah barat..
saja nak tengok..ada apa agaknya?
kalau sempat nak berjalan terus ke matruh..
bawa kamera kalau nak pergi matruh..jangan lupa!!
Matruh memang memanggil..dengarnya laut kat sana memang cantik.
Universiti ada buat lawatan ke Qahirah..tapi macam malas nak pergi..
tak nak la pergi lawatan macam masa tadika..
"ya anak-anak! ini piramid...cantik kan?"
"cantik cekgu!" dan "bla...bla...bla"
heheh..konon-konon dah besar tak nak lah ikut cara tu..
tapi kena pandai-pandai jaga diri...lepas cuti nak masuk semester 2!
heheh..cam ma saya pulak nasihat macam nih...
rindu ma n abah...
hah!!
baru ni ada dengar cerita pasal nak beli tiket balik..
saya dah tempah tiket..naik emirates..
dalam LE 4100 la lebih kurang..
ok la kot...
tapi transit kat dubai 14 jam...
mungkin boleh mintak hotel..harap-harap emirates baik nak bagi kami hotel!
dan boleh jalan-jalan kat dubai...heheh..tambah cop je kat passport!
ape lagi eh nak citer...
tak adalah kot..
hepi birthday pada baby-baby februari..
happy biryhday to Naqiuddin, Rahmat, Azri, Kadey dan Falah Hidayah..
untuk special punye birthday..hari 26 februari ye?
Saturday, February 14
cuti...exam..cuti..exam
Saturday, January 31
memandang sayu

kalau bab tegur menegur ni, rasanya dah letih....
kalau tak tegur, rasa bersalah, kalau tegur kecewa berpanjangan,
jadi mereka yang menegur ada 2 pilihan,
tegur dan bersedia untuk hampa untuk melihat kesan teguran
ATAU
tak payah tegur dan memandang sayu kesalahan yang pelik.
kalau nk kira perit hati yang menangung, dua-dua memang perit!
tapi kalau nak bijak memilih, kena ada timbang tara dengan efek...
efek?
kalau tak tegur, orang yang sepatutnya ditegur tu akan rasa perbuatan dia betul..
bahaya jugak..
kalau tegur, orang yang ditegur tu akan benci kita.
tapi ada kawan yang cakap,
biarlah sesiapa pun nak benci kita...
kalau nak diikutkan beribu mungkin orang yang bencikan kita..
boleh ikut ke kata kawan saya ni?
boleh kot!!
yang penting kita disukai Allah!
Tuesday, January 27
dipergunakan dan mempergunakan
Kalau saya review balik tajuk ni, saya rasa macam nak tergelak. Memang kadang-kadang saya ada merasakan diri dipergunakan. Dan bila rasa begitu, tanya balik pada diri; bodoh sangat ke aku ni sampai dipergunakan? Bila dah muhasabah balik, semua berjanji akan berfikir lebih panjang dan tidak akan dipergunakan selepas ini. Jadi, bila dipergunakan vuat kali-kali yang seterusnya, semua akan menyesal dan mengulangi janji yang sama. Kalau saya dipergunakan pun saya akan buat benda yang sama. Tapi saya jarang dipergunakan (sebab saya bukan jenis baik sangat dengan orang), saya cuma kasihan kan kawan saya yang dipergunakan oleh teman rapat. Saya tak suka orang yang mempergunakan orang lain. Mereka ini saya lihat bagai orang jahat yang perlu dihapuskan dalam masyarakat. Memang saya geram sungguh. Saya benci orang ini berbanding orang yang sombong. Kalau orang sombong, ditegur hilang sombong. Tapi kalau orang yang mempergunakan orang lain merasakan itu adalah habit mereka. Kalau ditegur pun meraka akan sedar dan menyesal. Tapi bila dah jadi habit, semua tu akan diulang seperti biasa. Saya sayang kawan-kawan saya. Kalau kawan saya dipergunakan, saya betul-betul marah dengan orang yang mempergunakannya! Kalau nak ajak berkawan, saya sokong tapi janganlah berkawan semata-mata nak tahu translation movie memang orang tu tak berguna! Ingat tu, kalau berkawan biarlah ikhlas dan tak mempergunakan.
Lagi satu sifat yang saya benci, kalau orang tu mementingkan diri sendiri. Kalau di tadika memang semua orang bersaing untuk mendapatkan perhatian guru. Tapi masalahnya, kawan-kawan saya ni semua dah boleh jadi bapak orang! Itu yang saya kesalkan sangat. Semua pakat nak mementingkan diri untuk mendapatkan kasih sayang pensyarah. Bidang saya antara bidang yang susah, jadi kalau nak berjaya, perlulah ada kerjasama bukan persaingan! Semua perlu ada rasa kebersamaan bukan bermusuhan! Bidang saya ini kalau CGPA 4.00 pun jadi doktor, kalau 2.00 pun boleh jadi doktor. Jadi saya rasa orang yang bersaing untuk jadi best student ni orang yang paling bodoh dalam semesta. Lain dengan orang yang ambil persaingan itu sebagai semangat untuk belajar. Mereka tak kedekut ilmu macam yang bersaing dan menekan orang lain. Saya kalau orang kata saya pandai, saya aminkan saja! Saya masih belum cukup pandai tapi akan menjadi pandai seiring dengan orang-orang terhampir!
Tuesday, January 20
Selamat ulang tahun Luqman, Afiq dan Hafiq Syazwan
Thursday, January 15
pasca mid-term

Semasa orientasi di Kaherah dulu.
Selepas exam mid-term, saya jadi pelik. Ada rasa macam malas-malas sikit. Huh... Aura malas ni memang perlu ditumpaskan. Jadi saya rasa memang perlukan satu pendorong. Ingatkan nak telefon ma dan abah. Malangnya, ada masalah yang membuatkan saya terpaksa tangguhkan niat itu. Jadi dalam tempoh itu saya agak emo kerana bagai hilang tempat bergantung. Memang dasar anak mak dan abah!
Tapi buat sementara ini saya ada jumpa perangsang semangat saya. Result midterm saya walaupun setakat lepas makan, tapi masih memberangsangkan. Saya perlu teruskan usaha untuk peperiksaan final! Doakan ya?
Gambar presentation Biochemistry untuk final assesment
Wednesday, January 14
life with sets of assignment
k. Well, I do think about having this work done just after I was assigned but I do have the strong L word in my skeletal muscle. Hahah...It's L.A.Z.Y!If and only if I do assigned with such assignment after this, I need you, my friend to remind me to do it early. With my spirit had lowered down in this last 2 or three week, I wish I do have someone to encourage me to stick with my core business. I am sorry because I do not call my family weekly as usual. Miss my family so much nut I do not have such time to call you Abah and Ma!
I've been dreaming to have my courage back. Now, I can see it shadow! Let's hope that 'shadow' will turn to a real enthusiastic spirit. To all my friends, I am sorry for everything. I might had make you all disappointed of myself lately. I'm sorry to those I hurt in the past, now and in the future!