Assalamualaikum
Serasa saya, saya belum pernah menceritakan lagi pengalaman terhebat saya ini. Bacalah petikan laporan Sketsa Kerjaya yang saya sertai.
Pasukan sketsa Kolej Islam Sultan Alam Shah telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pada April 2006, pasukan ini telah menyertai Pertandingan Sketsa Kerjaya Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang. Pertandingan yang diadakan di SMK (P) Convent, Klang itu disertai 11 sekolah lain dari seluruh pelusuk daerah Klang. Pasukan ini telah berehat selama setahun lantaran kesibukan guru dan pelajarnya pada tahun lepas menyambut Jubli Emas Kolej Islam. Berkat usaha ahli pasukan sketsa ini, pasukan ini berjaya menggondol Anugerah Sketsa Terbaik (Tempat Pertama), Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Persediaan Prop Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik serta Anugerah Skrip Terbaik. Hanya satu anugerah sahaja yang tidak dapat KISAS ungguli iaitu Anugerah Kostum Terbaik yang dimenangi oleh SMK (P) Convent. Peluang melayakkan ke kejohanan peringkat negeri melipatgandakan lagi usaha murni pasukan ini. Walaupun terdapat halangan dari segi musim peperiksan dan kekangan masa, pasukan ini tetap berlatih tanpa mengabaikan pelajaran. Pada 28 Jun 2006, pasukan ini bertolak ke SK Antara Gapi, Hulu Selangor bagi menyertai pertandingan peringkat negeri selepas beberapa sesi latihan tamat. Sekali lagi pasukan ini mencipta sejarah apabila dinobatkan johan di peringkat negeri. Keadaan pasukan selepas melayakkan diri ke peringkat kebangsaan menjadi kelam kabut kerana kontinjen Selangor Darul Ehsan ini diberi masa sebanyak 3 hari sahaja untuk persiapan terakhir menuju Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Kebangsaan pada 2-5 Julai 2006. Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan di Auditorium Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam, Selangor D.E. Saingan hebat sekali lagi diterima daripada kontinjen Sarawak,
Salam daie dari Bumi Waqafan
Wednesday, October 11
Cerita Tentang Sketsa Kerjaya
Sunday, June 18
Menjelang Peperiksaan Akhir Tahun
Assalamualaikum
Maaf kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Selaku pelajar, ripuh tugasan tetap membebani. Terima kasih pada semua yang menyokong saya.
Saturday, June 17
Peperiksaan Setengah Tahun Yang Sudah Usai
Friday, April 28
Ke Kapar dari Sang Suria menjengul hingga terjun di lubuk persemadiannya.
Majlis Sukan-Sukan Daerah Klang sudah bermula. KISAS selaku tuan rumah perlawanan bola sepak ditugaskan menghantar wakil-wakil ahli PBSM. Dan di antara wakil PBSM yang bertuah itu, saya di antaranya. Hari pertama nampak sangat menyeronokkan. Ke tampat baru yang belum pernah dijejaki. Namun, setelah tiba di KISAS petang itu, saya rasa langit sudah di atas kepala, katil bagaikan menyeru. Walaubagaimanapun, tugas sebagai pelajar belum pernah diabaikan. Prep menjadi
Salam dari Bumi Waqafan...........
Friday, March 24
Peperiksaan berlalu
Sunday, March 19
Girangnya balik ke aspura, murungnya hari peperiksaan esok hari
Keputusan untuk balik awal telah diambil, saya kini sampai di asrama putera KISAS. Masih ada sahabat yang belum pulang dari kampung. Menikmati cuti mungkin. Aduh, persediaan belum bermula,esok English for Science and Technology membuka tirai ujian pertama saya di sini. Nampaknya sudah tiba masa saya berehat. Selamat malam!!!!
Wednesday, March 8
Lusa Menuju kampung
Dalam hati ada rindu agaknya, bila dapat ku berjumpa kakak dari jauh. tertunggu-tunggu bila dapat berjumpa dengan rumah baru kami. Melanting menuju tampuk dan saya hendak balik kerana belum sempat menatap wajah kanda dri Bumi Kinanah. Alangkah girannya hatiku, tiket sudah berbeli namun baju belum dikemas. Kita menunngu sama-sama detik itu.
Wednesday, March 1
Sehari bersama Bengkel Sketsa Alam Kerjaya
Teachers,
Cikgu di sini semuanya balik petang. Masih belum kelihatan cikgu yang ponteng atau balik awal.
Tarbiah,
Di sini kami diajar merujuk al-Quran dan As-Sunnah.
Ukhuwwah,
Yang penting di sini ialah semangat tolong bekerjasama di bawah satu blok. yang mewakili setiap rumah sukan.
Biah solehah
Di sini semangat percaya mempercayai terus ditanam, bayangkan jika ingin membeli kerepek, kita cuma perlu meletakkan duit di dalam bekas tak bertutup yang disediakan.
Friends,
Kawan, satu perkara paling penting di SBP(Sekolah Berasrama Penuh).
Harap dapat berjumpa lagi pada zaman akan datang.Salam dari BUMI WAQAFAN.