There was an error in this gadget

Monday, March 30

hilang.tempat.dituju.

bukan saya buat entri ini untuk katakan saya kehilangan rumah..

tapi sekarang betul-betul saya hilang tempat dituju
tempat yang dahulunya saya tuju untuk menyelesaikan masalah..
dulu tempat itu tempat saya berjumpa sahabat baik saya..
menceritakan masalah dan melangsaikan kekusutan.

kalau saya bersedih..rumah itu saya tuju..
kalau saya nak marah pun rumah itu saya tuju..
sebab rumah itu ada kawan-kawan saya yang 'cool'
yang boleh sejukkan kepanasan...
yang boleh meredakan amarah...

tapi sekarang rumah itu tidak lagi kawan-kawan saya yang 'cool' ini duduki..
kawan-kawan saya yang 'cool' ini telah dapat rumah baru..
syukur untuk mereka...dapat rumah juga setelah dikeluarkan pemilik rumah..
tapi saya terus hilang tempat dituju..
untuk minta dorongan...dan merasakan diri saya masih lagi ada kawan selain yang menyakitkan..
bukan tak nak pergi rumah tu..
tapi belum apa-apa kawan saya yang 'cool' itu cakap,
"sape nak ajak nko pg rumah?"
mungkin gurauan agak terlampau masa tu..
jadi saya pun pikir..tak apalah..semoga mereka aman bahagia..
lagi senang hidup kalau saya tak datang rumah..

saya ada dengar tazkirah...
tapi tak ingat sangat..
katanya...sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka muliakanlah tetamu...
betul ke? tak pasti saya sekarang....
hmmmm....

Thursday, March 26

mula semester baru

kalau mula semester ni, orang akan aktif berblog..
semua nak ada entri baru..kalau boleh setiap hari..
jadi bila orang tanya..saya jawab laa..saya sibuk (padahal tak pun)
jadi bagi orang yang baca blog saya ni (kalau ada), terima kasih kerana terus membaca..
jadi..sekarang kebanyakan permohonan ke universiti dan PILN da ditutup..

jadi saya hanya mampu mendoakan kejayaan adik-adik (menagada betul nak panggil adik, sebab diorang selalu panggil aku abang!) dalam apa yang mereka minat..
moga tuhan memberikan segala rahmat dan keredhaan yang membawa mereka kepada kejayaan..
cehh..macam pakar motivasi pulak..
tak adela...yang penting sesama orang Islam kena bantu-membantu..

cerita pasal bantu membantu nih..saya ambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih..
kepada siapa?
kepada orang yang membantu saya di saat saya kesesakan dan kesempitan serta hilang arah...
macam terlebih hiperbola pulak entri kali ni..
tapi betul-betul jasa kalian saya hargai..
mereka ini membuatkan saya rasa bertuah dan dihargai!
terima kasih...

saya dah tempah tiket nak balik ke Malaysia..
ada banyak kisah di sebalik ini..
nanti ada masa ada lah ceritanya..
huhuh..sedih pun ada...

sekarang tugas paling utama adalah belajar...
selepas rumah dah dijumpai..heheh...
letih laaa cari rumah...
hamdan lillah..jumpa juga..
terima kasih Muhammad Fikri Abu Hassan.nama glam dye kubang..hahah...
rekomen umah baek punye!

terima kasih juga pada k, k dan k sekali lagi...
memang korang sayang aku (macam perasan la ayat ni, tapi siapa tak sayang kawan kan?)..
jadi..pada mereka-mereka ini saya terhutang budi..memang dibawa mati..cewahh!!

jadi..(dah berapa kali jadi eh?)
mesej utama saya..saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup saya...
go..go..go with wonderful life!

Monday, March 16

Fw:dari perubatan mesir online

bagi sesiapa yang berminat dengan perubatan Timur Tengah

dari perubatan.org


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, tanggal 12 Mac sekali lagi Malaysia melihat kecemerlangan demi kecemerlangan dicatat di dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008. Tahniah diucapkan kepada semua.

Baru-baru ini pihak persatuan Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir (PERUBATAN) melalui Pengurusan PERUBATANonline turut menerima beberapa emel dari adik-adik yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang prosedur melanjutkan pengajian di dalam bidang Perubatan di Mesir.

Justeru, di pihak PERUBATAN, kami mengambil insiatif menyusun semula beberapa maklumat permohonan daripada pihak berautoriti dengan harapan dapat membantu adik-adik memohon dan mendaftar melalui saluran yang sah dan berdasarkan prosedur yang betul.

Adalah diperingatkan supaya, semua permohonan kemasukan ke Timur Tengah mesti melalui Kementerian Pengajian Tinggi.
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Secara umumnya, permohonan boleh dibuat melalui dua bentuk.
1) Permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau Majlis Amanah Rakyat atau mana-mana tajaan atau pinjaman.
2) Permohonan persendirian terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Bagi permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA), anda hanya perlu ke laman http://esilav2.jpa.gov.my/ kemudian MENELITI dan MELALUI prosedur yang telah ditetapkan oleh kedua-dua badan tersebut. Prosedur permohonan kepada KPT akan diselesaikan melalui badan-badan ini setelah permohonan biasiswa diterima.

Semakan maklumat terkini JPA di http://www.jpa.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Semakan maklumat terkini MARA di http://www.mara.gov.my/ dan pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it .

Adik-adik diminta untuk mengambil perhatian serius tentang syarat-syarat permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh temuduga dan tarikh Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor (bagi pemohon biasiswa JPA sahaja) dan sebagainya.

(Sumber: http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2009_piln/iklanPILN2009.pdf)

Bagi tajaan-tajaan lain, adik-adik digalakkan untuk mendapatkan maklumat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Kerajaan Negeri masing-masing. Dan ketiga-ketiga borang KPT di atas juga turut penting untuk dipastikan diisi dan melalui prosedur-prosedur pengesahan sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Bagi pemohon persedirian, anda PERLU melalui KPT dengan,
2) Permohonan juga perlu disertakan dengan borang berikut:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_ssln_2009.pdf
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pdf/borg_timur_tgh/borg_tiada_halangan.pdf

Berikut adalah lampiran prosedur permohonan yang turut disertakan di dalam Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Perubatan di Mesir kemaskini Mac 2009. Prosedur ini PERLU DITELITI sebaiknya.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, PARCEL E, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR PERUBATAN
UNIVERSITI DI MESIR SESI AKADEMIK 2009/2010

1. Setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti pengajian bidang perubatan di universiti Mesir hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Mesir iaitu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Kepujian dengan sekurang-kurangnya gred 3B dalam semua mata pelajaran.

2. Setiap permohonan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti Mesir perlu mengemukakan dokumen seperti
berikut:

i. Dua (2) salinan Borang KPT/PERUBATAN/MESIR/2006 (Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Perubatan Universiti Di Mesir)
ii. Satu (1) Borang KPT/SSLN/2009 (Borang Permohonan Sijil Sokongan Luar Negara)
iii. Cabutan Sijil Lahir asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
iv. Sijil terjemahan SPM (Bahasa Arab) yang asal dan empat (4) salinan yang telah disahkan
v. Terjemahan cabutan Sijil Lahir (Bahasa Arab) dan 4 salinan yang telah disahkan
vi. Terjemahan Cabutan Sijil Lahir dan sijil SPM dalam Bahasa Arab perlu dibuat di Institut Terjemahan Negara Malaysia di alamat berikut :

Institut Terjemahan Negara Malaysia
Wisma ITNM
No. 2, Jalan 2/27E
Wangsa Maju, Seksyen 10
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4149-7210

vii. Terjemahan Sijil SPM dan terjemahan Cabutan Sijil Lahir perlu disahkan oleh Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri Malaysia di alamat berikut:

Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri
Bahagian Konsular
Wisma Putra
No.1, Jalan Wisma Putra, Presint 2
62602 PUTRAJAYA
Tel:03-8887-4159
Faks: 03-8889-2923

viii. Tujuh (7) keping gambar warna berukuran pasport;
ix. Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan dan
(Muka surat yang mengandungi maklumat pelajar)
x. Bayaran pengurusan dan pendaftaran sebanyak USD 50.00 bagi permohonan perubatan ke universiti di Mesir melalui bank draf dan hendaklah dicatatkan atas nama

Director, Malaysian Students
Department Cairo

xi. Kenyataan pengesahan borang yang bersetem 3. Borang kemasukan dan dokumen lain yang telah lengkap diisi hendaklah
dikemukakan ke alamat di bawah pada atau sebelum 31 Mei 2009:

Pengarah
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (UHEJPM)
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 2 Blok E9, Parcel E, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62505 PUTRAJAYA

4. Permohonan hanya melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KPT tidak mendaftar mana-mana ejen penempatan pelajar bagi menguruskan permohonan dan penempatan pelajar ke Timur Tengah

5. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah ditujukan kepada Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8883 5873.

Unit Hal Ehwal Jabatan Penuntut Malaysia
Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Untuk mengetahui lanjut tentang PERUBATAN, adik-adik boleh layari http://info.perubatan.org. Adik-adik juga boleh mendapatkan kemaskini semasa, berita dan artikel di http://perubatan.org/v3 dan mengunjungi blog-blog pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir di http://komuniti.perubatan.org. Jika berkesempatan untuk membaca panjang, ruang perbincangan di iLuvIslam ini juga mungkin membantu adik-adik.

Sebarang persoalan berkenaan boleh diajukan di presiden@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau di penerbitan_penerangan@perubatan.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Semoga berjaya semua.

Sekian, terima kasih.

Menggungguli Kecemerlangan, Mengerat Kebersamaan

Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN)

demam pilih kerjaya dan penaja

salam..
kali ni..entri saya mungkin pelik..
dikala kesibukan rakan-rakan lepasan SPM 2008 yang lain membuat keputusan tentang masa depan mereka..saya jadi tumpuan pertanyaan..
mungkin sebab saya sudah melepasi tahap itu..

saya jengah syarat jpa..
memang banyak plihan kursus bebanding tahu lepas..
ni apa yang saya dapat..

banyak benar kursus baru...
ada optemetri, sains dalam negara, program akademik Jepun melibatkan program perubatan yang baru.tak lupa juga tawaran bagi yang berminat untuk menjadi tenaga pengajar MARA..
kalau nak pendapat boleh ym saya di penulis_pahang@yahoo.com
saya online hampir 24/7
jadi selamat memilih!

Sunday, March 15

eh..eh...da habis laa..

apa yang dah habis?
exam da habis n skrg ni cuti pon da habis...
cuti ari tu pergi mana?
aderlaaa..

abes exam...memang tak tau nak pergi mana..
ada pulak karnival sukan kat mansourah..semua orang pergi..tinggal aku sendiri..
masa tu memang ditakdirkan untuk jejak jugak Muhafazah Dakhiliyah..seronook jugak pergi Mansoura..mase pergi tuh sekali dgn Ramlee, Azhar, Zufar ngan Po..hehe..pergi nek peugeot..5 org jer..tapi selesa laaa..sampai malam tuh sempat la makan jap n Akmal, Afiq, Khairi dan Kudus ajak pergi Cairo..memang aku da ready bawak barang2 malam tu..mujor laa..

pastuh pergi Cairo naek coaster (bas kecik) ramai2..yang ader mase tuh aku, Afiq, Khairi, Akmal, Kudus, Ammar, Abu ngan Furqan. yang pompuan pon ade..
ade Irna, Diba, Anis, Hur ngan Areqa.
bak kate Areqa nih trip gamble..btol2
nih mmg btol2 gamble..
ktorg sampai kat ramsis pkol bpe ntah..lpas tu sewa hotel kat ramsis n tdo kat situ.banyak pulak konflik sebelum dapat hotel tu..aku ngan akmal n sumer la memang bersusah payah nk dapt hotel..last2 dpt la hotel namenye hotel Venus...aku da x kuar2 dr hotel tu sampai pagi esok. Letih!!!
pagi2 esok tu aku dah bangun dan nak pergi makan..tibe2 akmal call cakap van nak bawak kami jalan-jalan dah sampai..terpasa kami tangguhkan dulu niat nak makan. kami sewa EGP 300 sehari..dari 10pg -5 ptg..lama n untung jugak la kot.
kami keluar dan menuju bandar 6th October.hajat memang nak pergi Dream Park..
tapi bukan rezeki kitorang nk masuk taman tu sebab kitorang sampai masa tengah ribut pasir...
jadi banyak permainan kat Dream Park ditutup..sedeh btol!
takpela..kami kate nk pergi piramid..nak tgk2 pon jadi laa..tapi ribut jugak..x boleh turun..
sedeh lagi..
untuk mengubati kesedihan kami, kami dibawa oleh pakcik Magdy (driver van) ke kilang perfume..duduk2, bau2, tangkap2 gamba pastuh terus blah! sian kan pakcik promoter kat kilang tu...bese laa..student mane der duit bayar perfume mahal2...
pastuh keluar tu ade jumpe pulak pakcik jual pen Mesir..
aku pon beli laa..harga 15 genih jer sedozen..
lalu kami pon pergi la ke kilang buat papyrus pulak..masa tuh masing2 nak tulis nama atas papyrus..
tulisan pon nk tulisan kuno..kuikui...
buat la nama 13 orang..kongsi ramai2 memang best..
lepas tuh kami pergi makan kat restoran cina..
seronok kitorang makan pakai chopstick..
pastuh jalan2 la sekitar bandar Cairo..
last sekali pergi city stars..
mmg besar tp aku x beli ape2 pon
heheh..
c ya later!