There was an error in this gadget

Monday, December 14

OST Talentime




sedang mencari video untuk ditonton, terjump lagu nih..
sedap la plak..aku pon ape lg...tros download laa..
memang lagu ni best!

Thursday, November 26

pantang larang raya haji!

menjelang raya haji ni, perlulah kita tahu pantang larang yang tidak boleh dilanggar!
mudah saja, ada tiga pantang;

1) setiap manusia tidak boleh tidak untuk menyembelih sesuatu..walaupun ia hanya ayam katik@ serama! (dah namanya raya korban)
2) setiap manusia tidak boleh menghadiri majlis penyembelihan, kecuali untuk menolong!
3) mestilah menjaga adab berpakaian; pantang memakai baju yang lawa ketika majlis korban! (sebab kalo paki baju lawa konfem x tolong, dan melanggar pantang kedua)


Dan jika pantang ini dilanggar, dia tidak akan diucapkan selamat hari raya aidiladha oleh ibrahemazamanzain!



Kesimpulannya, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!

Sunday, November 15

c'est la vie: drama!

i can't take it any longer...

i hate this part, right here!

but i gotta do it!

Saturday, November 7

sawang2 yang ku tinggalkan!

kalau aku tengok balik, macam nak tergelak pon ade..
klakar gler ape yang aku tulih ni..
tp alhamdulillah benda nih dpt pengiktirafan..
so bacelaa kalau nak..
aku bantai jer maklumat dier..tp ade yg aku amek dr sketsa.
aku pon x tau aku tulis ape.

************************************

CERPEN

POTRET KASIH FICUS DELTOIDEA

UNTUK ABANG

Indigo. Kalimah itu membina tembok apertheid terbesar dalam hidupku. Abangku remaja indigo. Remaja yang dikatakan mempunyai nilai IQ atau intlligent quotion yang tinggi. Tahap IQ abangku mencecah 155. 25 peratus lebih daripada tahap IQku. Sejak kecil kami diasingkan. Kami tinggal dalam bilik yang sama namun kami dipisahkan dengan sekeping kaca perspek yag merentangi tengah bilik. Aku hanya dibenarkan berjumpa abangku ketika Eidain sahaja. Kecerdikan abangku mula disedari tika dia berumur 13 tahun. Waktu itu, dia baru saja mendapat keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Rendah atau SPR dalam tempoh 30 tahun. Hasil keputusan cemerlangnya itu, dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Oxford Indigo College, Singapura. Kolej ini ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu atau PBB di 44E, NY, Amerika Syarikat.

************

Aku termenung di hadapan meja kerjaku yang kemas bersusun. Eksperimen penciptaan darah tiruan telah kusiapkan. Sel darah itu ku biakkan dengan bantuan Fe (II) atau ion Besi+2. Aku sebenarnya telah membuat ujikaji tentang potensi ion besi di dalam membiakkan sel-sel darah berlipat-ganda hasilnya. Ah, segalanya hanyalah ‘permainanku’ sewaktu di Universitas Tiumah dulu. Aku kurang menumpukan perhatian kepada syarahan mana-mana pensyarah. Segalanya telah aku baca dan ianya telah masak di dalam fikiranku. Pintu bilikku diketuk perlahan. Setelah dibenarkan, tampang seorang lelaki kurus tinggi terzahir di retinaku. Dia kemudian menyerahkan sekeping sampul surat coklat yang tertera di atasnya “SULIT”. Hatiku meneka. Dari mana agaknya sampu surat sebesar kertas A4 ini. Aku mengoyak cermat mulut sampul surat itu. Terpampang besar mohor Kerajaan Diraja Tiumah. Baru aku teringat, Pengarah Penyelidikan Bioteknologi memintaku membuat penyelidikan tentang fungsi Mas Cotek atau Ficus deltoidea untuk menguruskan badan. Sekali mataku melimpasi pada namanya membuatkanku tergelak. Nama yang gharib kedengarannya di telinga. Katanya pokok ini banyak ditanam di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Malaysia merupakan antara jiran terdekat Tiumah. Kertas dari MOSTI atau Ministry of Science, Technology & Innovation itu kuselak. Terpapar jelas ikatan heliks ganda dua pokok berkenaan. Ikatan asas nitrogennya cukup kuat. Gula pentosnya pula bagaikan diukir. Ciri penyembuh yang kuat, fikirku. Telefon berdering. “ Hello, bisa saya bercakap sama Dr. Malikiy. Saya Fartini dari PT Bioherba di Indonesia”, kedengaran suara gemersik di hujung talian. “ Ya, bercakap. Bisa saya tahu anda ini ada urusan apa?”, balasku tegas dalam kebingungan. Setahu aku, aku belum pernah membeli mahupun berurusan dengan sebarang syarikat dari Indonesia. “Oh, maafin saya pak. Sebenarnya kami diarah oleh Kerajaan Tiumah bagi mengahantarin bapak 30 anak pokok spesis Ficus deltoidea kepada tuan. Jesteru, kami ingin mengkonformasi tempahan itu”, suara helaan nafasku menjadi penutup kalimahnya. Sesungguhnya memang itu yang sepatutnya kerajaan Tiumah lakukan. Aku menyelak lebih lanjut kertas tender penyelidikan. Ku teliti sepenuhnya kertas. Halaman terakhir sekali memaparkan gambar pokok itu. Aku terkasima. Daunnya yang cantik, strukturnya yang menarik, pasti saja membuat siapa pun tertarik. Tarikan istimewa selain namanya! Aku meneruskan pencarian mencari maklumat sedia ada di layar internet. Pelayaranku di internet menemui jalan buntu. Mas cotek diklasifikasikan sebagai unknown plants. Kalau begitu, khasiat mas cotek hanya disedari selepas ianya dimakan tanpa mengetahui pro dan kontra. Fuh.. Eksperimen paling bahaya kukira. Ujikajiku kali ini nampak lebih mencabar. Mujur saja Nutren Optimee IV ada membantu. Mesin ciptaanku itu boleh menjalankan penyelidikan nutrien tanpa mencacatkan sempel. Teknologi yang ku hasilkan secanggih teknologi nuklear milik Iran. Tapi, untuk itu, aku perlu menunggu seminggu saja lagi kerana kebiasaannya, tumbuhan yang diposkan melalui mel udara memakan masa lebih tujuh hari. Telefon berdering sekali lagi, kedengaran suara peonku mengalun mesra. Katanya, aku punyai tamu di luar. Aku keluar dari kamarku tanpa banyak kerenah. Aku terlihat seorang lelaki muda berbaju overall ala-ala pekerja kurier menikam korneaku. “Dr. saya wakil dari syarikat herba Bin Nasuha Trading Pte. Ltd. Nama saya Akmar Rifaie. Saya ditugaskan untuk menghantar 30 anak pokok mas cotek kepada tuan”, aku terkejut lagi tak mengerti apa yang sedang berlaku. “Tempahanku di Indonesia, mana mungkin pula orang Tiumah sendiri yang menghantarnya”, bisikku sendirian. “Oh, ya! Memang saya terlupa sesuatu. Syarikat kami adalah rangkaian syarikat PT Bioherba di Indonesia. Jadi, memang lama sudah kami menerima tempahan membiakkan spesis ini, cuma tiada seorang pun yang mahu mengambilnya”, jelas Akmar Rifaie panjang lebar sekaligus manghapuskan keraguan yang bersarang di jiwaku. Aku hanya menurunkan tanda tanganku. Padanya, salam kasih kuhulurkan. Dia kemudian berlalu pergi. Advencer memburu khasiat mas cotek terzahir luas dihadapanku. Aku pantas mengarahkan tukang kebunku membawa 29 anak pokok itu ke kebun rehibilitasi di tenggara makmal. Aku terus mengangkat dan membawa satu pokok yang telah dikenal pasti ke dalam makmal. Sehelai daun ku petik, lantas kumasukkan ke dalam mesin Nutren Optimee IV. Keputusan analisa ujian sinar gamma yang ku kenakan ke atas sampel daun itu terpapar di skrin. Aku membacanya penuh takjub. Nilai kandungan fosforus, zat besi mahupun flavanoidsnya jauh lebih tinggi daripada kandungan yang dimiliki oleh Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia. Kandungan flavanoids yang dimilikinya 600 mol dm-3 lebih tinggi daripada tongkat ali yang mempunyai 143 mol dm-3 flavanoids. Tannis, triterpernoids, proanthicyannis dan keadaannya yang bebas steroid memberinya nilai tambah. Hebat, khasiatnya tinggi, rupanya cantik namun, ia hanya menjadi perhiasan di laman rumah. Mujur saja ada lagi warga emas di kampung yang mengamalkan tumbuhan ini sebagai makanan tambahan, lantas menarik perhatian para pemerhati agroteknologi. Dila, abang sedang sibuk. Jangan hubungi abang minggu ini. Butang hantar ku tekan. Sesaat kemudian, mesej itu sampai di tangan penerimanya. Dilaysu, gadis bertubuh kecil molek yng dilamar ibu buat abang sebenarnya. Abang enggan mengahwininya. Sebulan selepas itu, abang terlibat dengan kemalangan. Abang jadi gila kemudiannya. Mutiara karangan lelakiku putus membasahi pipi. Abang yang dulu menjadi sanjungan semua kini berubah menjadi orang yang paling ditakuti dalam susun lapis masyarakat. Waktu itu aku masih di universiti, menyambung pengajian tahun pertama dalam bidang Bioteknologi Gunaan di peringkat sarjana. Tika itu umurku mencecah 24 tahun cuma. Abang lantas dihantar ke Rumah Bahagia Tiumah di bandaraya Johan. Segalanya begitu segar di lembayung fikiran. Aku kembali ‘mengunyah’ kertas kajianku. Hasrat untuk mencari khasiat terbesar mas cotek masih belum terpadam. Khasiat flavanoids bagai kurang satu. Semuanya telah lengkap kecuali satu benda, apa dia ya?? Kualiti hafalanku menurun tampaknya. Mungkin kerana coklat yang terlebih kuambil. Ya!! Aku teringat sesuatu. Flavanoids juga berfungsi sebagai agen pencegah LDL atau kolestrol ‘jahat’ di samping menggalakkan pengoksidaan HDL atau kolestrol yang bergun untuk badan kita. Ternyata, khasiat ini pernah dijumpai namun masih belum dipraktikkan oleh mana-mana profesor di dunia. Kandungan flavanoids yang banyak hanya boleh menjadi kenyataan andai ekstrak mas cotek ku hasilkan. Itu hanya hipotesis awalku. Selepas menjalankan pengekstrakan keseluruhan pokok itu, aku dapati kandungan flavanoids meningkat sekaligus menerima hipotesisku. Virtua Rays kini semakin rindu untuk berfungsi . Alat yang memancarkan gelombang mikro daripada larutan bahan kimia ke seluruh badan pesakit tanpa sebaranga kesakitan itu telah lama terpaku di satu sudut stor. Fikiranku kembali menerawang. Merehatkan fikiran memang satu kegemaranku apatah lagi selepas menjalani satu eksperimen yang besar. Telefon berdering lagi. Betul-betul menganggu. “Prof, ada faks baru tiba dari MOSTI”. “Hantar ke bilik saya sekarang.” Beberapa jurus selepas itu, kelibat peonku menjengah lagi di celahan daun pintu. Kertas bertukar tangan. Kertas dari MOSTI itu kulumati meski neuron otakku sudah letah-letai berfikir sedari tadi. Mataku melinang tatkala menyaksikan mesej ringkas. Arahan dari Pengarah Penyelidikan Bioteknologi menyatakan bahawa aku perlu menyaisat sesuatu yang baru. Kaitan menghidu aroma pisang dengan pengurusan badan! Huh.. Entah dari ceruk rantau mana PPB mendapatkan pemerhatian sehinggakan ia menjadi salah satu benda penting. Perkara yang perlu aku jalankan penyelidikan ke atasnya hanyalah perkara yang teramat penting. Fikiranku menggelintar. Sesaat kemudian, aku teringat bahawa Ke Bawah Duli Teramat Mulia Sultanah Tiumah menghadapi masalah kegemukan atau istilahnya obesiti.

***********

“ Ayah, kenapa ayah mengasingkan saya daripada abang. Satu hari nanti tika ayah sudah tiada, saya tetap akan bergaul dengan abang.” Pernah sekali ku suarakan kebingungan yang bersarang di jiwa. Ayah hanya mendengus sambil berkata, “Malikiy, kamu diam dan jangan campur urusan bapa. Abang kamu istimewa, kamua hilang hak untuk bergaul dengannya.” Kata-kata ayah itu walau bagaimanapun berjaya megubah momentum usaha dalam diri. Aku berazam untuk menjadi seorang indigo seperti abang. Aku sedar tahap IQku rendah, namun, itu bukan kayu ukur kecerdikan sebenar. Aku berjuang meningkatkan EQku atau dikenali sebagai Emotional quotion. Aku percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Hasil usaha penat lelah titik peluhku, ku berjaya menjadi remaja indigo meski tidak punyai medan kuasa berwarna nila. Aku berjaya buktikan bahawa ke‘indigo’an seseorang bukan ada bersamanya tika dilahirkan. Kemalangan melibatkan abangku juga menjadikan orang ramai sedar bahawa indigo adalah satu nikmat Allah yang akan ditarik balik andai tidak digunakan pada sabil-Nya.

***********

Eksperimen pisangku berjaya. Aku berjaya mengumpul sejumlah bukti menjadikanku saintis pertama di dunia yang menjumpai rahsia aroma pisang. Arghh… sekian lama sudah tidak aku menggeliat sedemikan rupa. Sudah dua minggu aku mengusahakan kedua-dua eksperimen arahan Pengarah Penyelidikan Bioteknologi Tiumah. Segala urat tersimpul ku elokkan, ku betulkan dan ku urut agar aku bertenaga untuk membuat demonstrasi di hadapan Perdana Menteri Tiumah keesokan harinya. Tikus gemuk, Rattus Muellerri telah ku tangkap tadi siang. Baru saja pagi tadi aku uji khasiat mas cotek dan aroma pisang. Tikus belanda, Cavea porcellus yang ku gunakan dalam ujian tadi ku masukkan kedalam Virtua Rays untuk ujian pemancaran mas cotek melalui gelombang mikro ke dalam badannya. Pengaplikasian aroma pisang ku jalankan menerusi mesin Sinnis Acapolca.

*********

Terkejut. Terkejut nian aku apabila aku dikhabarkan bahawa ujikajiku yang pertama seumpamanya di dunia ini bukan untuk Sultanah Tiumah. Aku rasa cukup dihina tika aku dimaklumkan bahawa ujikaji ini adalah untuk mengembalikan ingatan seorang lelaki gila yang dikatakan gila akibat mendakan lelemak tebal di bahagian yang minor. Aku terkasima. Letah-letai otakku menggelintar, rupa-rupanya eksperimen ini adalah untuk orang gila. Sepenting manalah agaknya orang gila itu kepada Negara Tiumah ini. Langkahku kian longlai tika aku menghampiri makmal peribadiku. Aku cuma ingin menyambung lenaku. Arghh… Aku masih sakit hati. Buku panduan Virtua Rays dan Sinnis Acapolca ku hempas di atas meja kopi kaca seramik. Aku merebahkan badanku di atas sofa empuk makmalku. “Abang, bangun. Dila datang nak bawakan abang Abang Halikiy. Dia ‘dah dibebaskan dari Rumah Bahagia Tiumah. Dia teringin nak jumpa abang.” Bingkas aku bangun dari pembaringanku. Hampa. Sekelilingku cuma molekul udara yang memenuhi sedari tadi lagi. Khali. Wajah abang dalam bayangan tadi ghaib mentah-mentah, membiarkan aku ghaib dalam khayalan. Aku lantas bangun mematikan hasratku untuk terus tidur. Berbekalkan buku panduan kedua-dua mesin ciptaanku, aku keluar dan mencari peonku. Aku cuba mengajar peonku tentang cara mengoperasikan mesin itu. Aku harap aku dapat melepaskan diri daripada berjumpa pesakitku. Aku benci dia. Kerana dia aku berasa begini kecewa. Peonku berkelulusan ijazah, jadi tidak pula stu kemudharatan untuknya bagi memahami apa yang akan ku ajarkan. Kasihan peonku, belajar tinggi hanya untuk menjadi peon. Memang nasibnya tertakluk di bawah kehendak kelayakan pekerjaan. “ Karim, aku hendak mengajar kamu tentang mesinku.” Wajah bingungnya menjadi balasan yang diterimaku. “Prof. boleh saya bertaya kenapa halanya profesor ingin saya mengetahui tentang cara mengendalikan kedua-dua mesin profesor itu.” Balasan karim itu masih dibauri hormat walau dia sebenarnya sedang bingung. Aku hanya tersennyum mendengarkannya. “Karim, terima apa yang saya katakan sebagai perintah bukan permintaan.” Tenang saja aku menghabisi masa disusuli anggukannya. Ahh, Karim dapat belajar dengan pantas sekali. Dia memang genius. Namun, ketidakmampuan keluarganya membataskan pengajiannya. Memang aku telah diberitahu tentang hasratnya yang dia ingin berhenti bekerja denganku sejurus saja mempunyai wang yang cukup untuk menyambung pegajiannya. Hingga tika ini aku gagal untuk memujuknya mengikuti pengajian luar kampus. Aku kembali menyambung rehatku. Bukan di dalam makmal, tetapi aku aku rindu benar pada tilam empuk di bangloku. Banglo rekabentuk Jepun ini, ku bina setahun selepas menghabiskan tesis ijazah doktorat. Tambah-tambah lagi tika itu, aku baru saja menerima hadiah penghargaan UNESCO atas jasaku mencipta vaksin pencegah dan pengubat AIDS.

*************

“Abang, baru-baru ni Dila ada pergi ke Rumah Bahagia Tiumah. Dila kepingin melawat abang Halikiy. Tapi, bila Dila sampai di sana, pihak pentadbiran kata abang dikuarantin oleh kerajaan.” Aku hanya terdiam. Aku masih mengantuk hakikatnya. “Abang, Dila cakap dengan abang bukan tunggul.” Jeritan Dila mengembalikanku ke atas katilku. “Emm… entahlah Dila. Mungkin psikitris masih berusaha mengubat abang.” Dila puas dengan jawapanku. Aku kembali menyambung tidur selepas panggilan dimatikan.

Isnin. Hari pertama minggu ini. Hari ini aku sepatutnya sudah terpacak di Auditorium Perdana Kompleks Vesuvius Primee, kompleks pejabat perdana menteri. Aku hanya mengahantarkan wakil untuk membuat demonstrasi. Karim menelefonku subuh tadi. Katanya, sistem akan dinaiktaraf. Permohonan Pengarah Penyelidikan Bioteknologi agar ketulan batu kristal azurite dan lapis lazuli dapat dipancarkan ke seluruh badan pesakit. Untuk kerja semudah itu, aku hanya menyerahkannya kepada Karim. Namun, aku hairan kenapa pula kedua-dua jenis batu kristal itu perlu dipancarkan ke badan pesakit. Karim hanya menyatakan bahawa orang gila yang akan dirawat itu adalah bekas remaja indigo. Oh… Hebat bunyinya. Aku hanya berehat menonton televisyen pada hari cuti begini. Telefon berdering. “Prof, memang profesor wajib datang pagi ini. Pasti saja profesor tak akan percaya bahawa….”. Talian terputus menyuntik ruh ingin tahuku. Aku bersiap-siap sekadarnya menuju Kompleks Vesuvius Primee. Aku tiba di sana lantas disarungkan Karim kot makmal. Aku menanyakannya apa yang terjadi. Dia hanya mengulum senyum. Aku masuk ke auditorium seperti yang dijanjikan. Langkahku terhenti tiba-tiba. Entiti lelaki yang dipegang dua orang pembantu perubatan membunggar lututku. Hampir saja aku rebah. Abang Halikiy d hadapan mata. Oh… indahnya. Eksperimen ini rupa-rupanya untuk abang. Aku biarkan potret kasihku terzahir melalui penemuanku ini. Abang pasti akan sembuh. Bersedia abang…

2,179 p.p

(Pemenang Hadiah Utama, Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Hari Buku Sedunia DBP-Kedutaan Sepanyol)

Friday, November 6

my plan for spring break!






shopping at the grand bazaar...
having good look of modern turkey at taksim sq.
and breathing the air of bosphorus...

Istanbul, here I come! İstanbul, burada ben geliyorum!
march 2010!

Thursday, November 5

nak kawen ke tak nak?

bila sekarang da habis immunology block, bolehlah kalau nak kahwin..
tapi sekarang aku dalam haematology block.


nak kawin!
hakhak...x payah nak ngade!
exam lagi 20 hari jer..(atau kurang)

rindu kat ma, abah n my siblings!

Tuesday, October 20

nak kawen....


aku dah sampai ke alex...
rindu pada keluarga membuatkan aku ingin teman..
tapi aku kesunyian...

nak kahwin!

tapi.....

EXAM MINGGU DEPAN LAAAAA....

dah2...malas nak merepek panjang2...
pg study!

Tuesday, October 6

Things happen

There's a lot of things happened to me this september.

1. Of course,its ramadhan.actually a 'balas dndam' ramadhan since i just fnish 3 weeks of fasting here last year..i ate a lot of authentic ASIAN food!
2. I 'almost' fail in pathology paper.but alhamdulillah,Allah still give me oppurtinity to stay here longer.
3. And after ramadhan,syawal come and i am happy to celebrate here in malaysia..also a 'balas dendam' edition of raya!
4. Having Wafa' in our big family really a bless..awarding along and abg mi a bliss and responsibility!
5. Visiting our neighbouring country,Singapore will always be the one that i won't forget!
6. Attending my old school reunion never dissapoint me.meeting with my classmates who are future lawyer,teacher,preacher n etc.
7. Come back to Masjid Ubudiah,Batu 1 and perform jumaat prayer freshen my eternal memoir up.
8. Understand why ma cry when we leave Wafa' because i do feel the same..Wafa' left for kelantan last weekend for 'blik kg'.

I left september with all these memoirs..

And now, it's october. I don't want to go through this, but I have to.
it's DAY OF DEPARTURE FROM KUL to CAI via DXB..


Hard to say goodbye~

Wednesday, September 30

10 things why i love singapore!


1. my uncle, aunt and my cousin were wonderful! miss y'all pakcik mad, acik rossita, khalid, anwar and hadi.
2. i think singapore is the cleanest area in south east asia.
3. singapore is very organized country
4. singapore got a very hi-tech toll system
5. singapore drivers are very polite and they respect pedestrian and cyclist
6. you will feel calmness deep inside the hectic singapore!
7. their government are very concerned of their citizen
8. their facility is up to world class (even tampines got it very own shopping complex)
9. i love their variety of food (nasi ayam penyet, nasi beriani gam (special one) and also fluffy naan at little india!
10. i love to shop there! wide variety of garments, and branded stuff are cheap. next time, i gonna bring more money to singapore and buy lots of stuff there!

Tuesday, September 29

it's singapore:ces singapour

with my dearest merlion

with pakcik mad family

at vivo city

inside the MRT on our way to harbour front

merlion with esplanade at the back


M.E.R.L.I.O.N

ION, Orchard Road


ION Shopping Centre, Singapore!

Thursday, September 24

off to singapore...


Singapore
(Chinese: 新加坡; pinyin: Xīnjiāpō; Malay: Singapura; Tamil: சிங்கப்பூர், Cingkappūr), officially the Republic of Singapore, is an island city-state located at the southern tip of the Malay Peninsula, lying 137 kilometres(85 mi) north of the equator, south of theMalaysian state of Johor and north of Indonesia's Riau Islands. At 710.2 km2 (274.2 sq mi),[7] Singapore is a microstate and the smallest nation in Southeast Asia. This is substantially larger than Monaco and Vatican City, the only other surviving sovereign city-states.

petikan dari wikipedia

Sunday, September 20

selamat hari raya


selamat hari raya..ampun maaf dipinta..
moga dihalalkan segalanya!

Wednesday, September 9

It is too much! enough!


"Tetapi orang kita yang budiman di sana, mahu dijolok dengan buluh runcing. Sebab itu ada perkataan 'bodoh' dan 'gila'. Beri muka. Terlampau beri muka. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh untuk berbuat baik tak boleh juga. "

bacaan lanjut di faisal tehrani.

betul apa yang abi faisal katakan..kita terlalu beri muka.
mereka memang melampau.
tak dinafikan aa yang baik..
tapi yang buruk dah membusukkan nama yang baik...
bila ada bala Allah, baru nak beringat.
bukan baru ni ade siri gempa bumi ke?
tak sedar lagi ke 'teguran' Allah?
nak cakap pun susah...

Monday, August 10

Malaysia

i am here now...
late update...sorry

Monday, August 3

am going back...


a week ago..
i used to say
"am going back in a week, a weeeek..."

but today..
on this day.
i'm gonna say
"am going back in less than 18 hours"

so, i'm gonna say au revoir egypte!
also ma'as salamah to akhtar, zoolhelmi, azriq and hafiz (abe)

and hope it is a fresh start at KLIA soon!

Sunday, August 2

something.special

I found a way to be everything
I've dreamed of,
and I know it's in me
that I will become
who I want to be
and I finially found it and I'm taking the long way out
Cause it's gonna be, something special to me
Something special to me

Days go by 
and I grow stronger
It takes time, but I'll never let go
Days go by and I'll try harder to make it mine, I know...
Something special to me
Something special to me
Something special to me

I've found 
so many things 
I've dreamed of
and I know it's in me
that I will become 
who I want to be
and I finially found it and I am taking the long way out
Cause it's gonna be,
something special to me
Something special to me
Days go by and I grow stronger
It takes time, but I'll never let go
Days go by and I'll try harder to make it mine, I know...
It's something special to me

More than I hoped for
More than I dreamed of
This is how it should be.
More than I hoped for
More than I dreamed of
This is how it should be.

Days go by and I'll grow stronger
It takes time, but I'll never let go
Days go by and I'll try harder to make it mine, I know.

It's something special to me
It's something special to me
It's something special to me
Days go by and I grow stronger
It takes time, but I will never let go.
Days go by and I grow stronger
It takes time, but I will never let go.

Wednesday, July 29

tak tau kenapa aku letak gamba nih..

tapi aku suka gamba nih...

memori tercipta

Thursday, July 16

JANGAN BACA POST INI

kalau post baru ni,
orang akan jangkakan satu yang menarik...

tapi post ni tak menarik pon.
sibuk dengan exam skarang nih..

tahniah pada yang rajin update blog!
selamat ber'exam'..
dan
SELAMAT BALIK!!!

Sunday, May 31

SUARA DARI KEJAUHAN
MENANGIS MERINTIH PILU
TERMANGU-MANGU DI MUKA PINTU
PADA SIAPA SAJA YANG SUDI MENDENGAR

SEBUAH HARAPAN MEMBAWA KHABAR
TANGISAN SI ANAK KECIL
YANG KESAKITAN
RINTIHAN DARI AYAH IBU
YANG SEKIAN LAMA MENANGGUNG DERITA

BERILAH HARAPAN
TABURLAH BUDI
SEMAIKAN KASIH SETULUS BUDI
SEIKHLAS HATI
SEMURNI NURANI
BUAT SEMUA INSAN DI DUNIA

BERSAMA HARAPAN DAN AIR MATA
JANGAN BIARKAN TERUS BASAH DI PIPI
HULURKAN BANTUAN DAN PENGORBANAN
DARI HATI YANG IKHLAS
SIMPATI TANPA NISTA

BERILAH HARAPAN
TABURKANLAH BUDI
SEMAIKAN KASIH SETULUS BUDI
SEIKHLAS HATI
SEMURNI NURANI
BUAT SEMUA INSAN DI DUNIA!!

Friday, May 29

dan bila palestin

dan bila palestin

bumi barakah

disirami hujan besi

disimbah darah segar

menyala api nahdah di dadanya

seisi dunia senyap

tatkala semua diragut

direntap dan di tarik

dari tempat asalnya

biar suara sahaja berkumandang

dan tidak berbuat apa

tak akan merubah apa-apa

SELAMANYA!

rasa sedih (bukan emo)

kadang-kadang kita tak tahu apa yang sedang berlaku.

kita rasa teruji dan adakala membuatkan kita rasa sedih..

normal kalau kita akan sedih lepas kita gembira

dan rasa sedih itu akan hilang disapu kegembiraan yang datang 

bukan susah nak hilangkan rasa gembira..

dan gembira akan datang semula selepas duka...

itu janji-Nya

surely with difficult  is ease (94:5)

dan roda kehidupan akan datang dan pergi, berputar mengikut waktu..

hanya waktu menentukan...

ouh ya! buat palestina, waktu untuk sinarmu akan tiba!

Thursday, May 28

award..hehe~

Tuesday, May 26

bila jubah putihmu

Bila jubah putihmu

Dulu ibu selalu basuh jubah putih itu
Kalau ada tanah, ibu basuh
Tanah itu tanah barakah
Tanah antara Hijaz dan Al-Aqsa

Jubah itu titipan ayah
Titipan yang barakah dari tanah suci
Biar jurang jarak memisahkan kami
Ayah masih ada di dalam rumah

Terasa kehangatan darah
Bila dada ayah berdarah dan berlubang
Ibu menangis dan tarik aku ke tepi
Moga ibu ketemu paip untuk basuh jubah ayah

Asap setiap hari jadi makanan
Kami bukan jin
Aku tunggu asap habis
Basuh jubah putih yang terkena darah ayah

'scent of palestine, scent of jannah'

*PUISI INI TELAH DISIARKAN DI DALAM AVICENNA. TIADA ULANG SIAR DIBENARKAN.

Monday, May 25

tarikh flight dan malaikat dalam teksi...

aduh..
sedih betul rase bile tak dapat tukar tiket.
takpe..
ade pengubat sedih..
aku masuk SKYWARDS (frequent flyer programme for Emirates Airline)
so..aku ade akses untuk tukar seat flight..
jadi aku da tukar semua seat aku jd window seat dlm sume flight aku..

weee......
abes da cter pasl kapal terbang
jadi..sekarang aku nak citer pasal malaikat dalam teksi..

citer nyer macam nih..
aku balik kuliah tadi, aku rase malas sangat..
jadi aku tahan teksi(biasa univ ke asrama 2 genih jer)
jadi aku pon tahan la teksi..
ade pakcik teksi nih berhenti..
pakai kopiah, dahi bertanda..
betul-betul nampak alim.
aku naik dan bagi salam..
dia pon jawab macam bese..
aku pon dengar la iPod aku..
malas nak cakap ngan driver teksi..bukan paham pon dorang cakap apa..heheh..
tibe2, dia tanye aku...
same'ta qur'an? (kamu dengar Quran ker?)
aku pana kejap...
aku dengan muka malu cakap la tak..
hmm..malu gak laa sebab pakcik tu expect aku baik..padahal tak.hehe..
pastuh..die pon ckp la kelebihan dengar Qur'an..
tapi ade satu soalan yang die tnye aku terkejut..
Allah suke orang yang dengar Qur'an ker orang yang dengar lagu-lagu lagha?
aku jawab musy arif jer..
die kate Qur'an bizzabt,asyan Quran kalamullah (mestilah Quran, sebab Quran kalam Allah)..
jadi lepas kena basuh, aku pon sampai..
aku nak bayar..pastuh teka die kate ape..
die kata tak payah..
aku nak bayar jgk..
die kata x payah...
and ayat last die memang bagus..
'kau tak payah bayar, cuma lepas nih aku doakan kau dengar dan fahami Qur'an, itu da cukup!'

sekali lagi aku terpana...
aduh...banyak benar dosa aku..sape larat kira?

xoxo
baem azaman zain!

Saturday, May 23

put.your.arms.around.me

That original feeling never went away
That's why I'm standing here today.
Whoa Whoa
So many up and downs
And nothing has changed
That's why you know I'm here to stay.
Whoa Whoa

So put your arms around me
And then stay there forever
Let it always be this way
You and me together

So put you arms around me
And I'll never let go
I know they're easy words to say
But I mean it more then ever

Yours is the kind of love
Makes nothing else feel good enough
And I'm never gonna give you up, Oh no, Oh no.

That original feeling never went away
That's why I'm standing here today.
Whoa Whoa
(Ain't nobody gonna take your place
Only you made me feel this way)

So many up and downs
And nothing has changed
That's why you know I'm here to stay
Whoa Whoa
Ain't nobody gonna replace
Only you make me feel this saved

So put your arms around me
And then stay there forever
Let it always be this way

You and me together

So put you arms around me
And I'll never let go
I know they're easy words to say
But I mean it more then ever

Yours is the kind of love
Makes nothing else feel good enough
And I'm never gonna give you up (Oh no, oh no)
[x2]

It can't explain what's the glue that holds us in.
Whoa Whoa
I can't refrain if I had a chance to do it over again.
Whoa Whoa

So put your arms around me
And then stay there forever
Let it always be this way
You and me together
So put you arms around me
And I'll never let go
I know they're easy words to say
But I mean it more than ever
[x2]

Yours is the kind of love
Makes nothing else feel good enough
And I'm never gonna give you up (Oh no, oh no)
[x2]

[Outro:]
Yours is the kind of love
Makes nothing else feel good enough
And I'm never gonna give you up (Oh no, oh no, no no no)

Friday, May 22

p*l*t member...sapa wat kat sape??

Aku selalu dengar pasal perkataan sakti nih..
Tapi aku tak penah nak amek tau. Tapi aku tau la hidup ni perlu pengorbanan..
Memang aku jarang berkorban la..aku tau tuh.
Tapi kalau cakap pasal member nih...aku jadi stunned kejap..
Penah tak aku buat benda jahat kat member aku???
Aku tak ingat..
Macam banyak...sekarang aku duk mesir, family tak der dekat ngan aku..
Jadi aku cuba sedaya upaya jaga hati kawan aku..
Aku cuba ya kawan2!!!
Aku bukan pandai sangat bergaul ngan orang.
Aku pulak tak reti nak buat baik ngan orang..
Memang orang kate aku nih camtuh la...camnih laaa...
Tapi aku da cuba..tolonh la aku jadi kawan yang baik..
Sebab aku akan duduk ngan korang dalam 6 taun(inshaAllah)..
Jadi memang aku betul-betul nak korang bimbing aku jadi orang baik.
Mungkin aku selalu ditch Meerol n Ijad..
fire2 Abey...marah-marah khairi..& etc.
Susah nk recall sumer sebab aku jenis bukan suka buat baik
Jadi aku nak mintak maaf secara terbuka kepada kawan2 aku kat Alexandria.
Mintak maaf pada Yim, Ijad, Meerol, Khairi, Kudus, Akmal, Afiq, Luqman,
Abe, Oden, Iqbal , Tengku nazmi, kadir & etc.
Nilah yang aku selalu sakiti...
Jadi aku memang mintak maaf sangat2..
Boley eh maafkan aku???

Thursday, May 21

Bila hati tak dapat memahami

Sekarang hidup cukup memeningkan.
Apa yang ada bagai menambah kekusutan.
Pening la..
Hidup kat sini macam mencabar sangat.
Macam tak kesian kat orang macam aku.
Nak kata nasib buruk, tak laa..
Tapi boleh kata jarang nasib baik menyebelahi.
Mujur aku ada orang yang betul-betul sayang kat aku.
.MY FAMILY.

Monday, May 18

Sunday, May 10

bedah2 katak!


aduh..
hari ni pertama kali dalam hidup aku bedah katak..
memang tak best dengar..
tapi aku buat memang best laaa..

ni la..laen kali mase tingkatan 5 orang suruh bedah katak, bedah laaa..
ni tak..lari n ponteng makmal sebab geli..
heheheh...terbukak rahsia..
semalam aku beli dissection kit kat depan universiti..
nak tau apa yang dy tulis kat depan tu?
die tulih

"FROG STUDENT
MEDICAL KIT"

aku da pelik...
ape maksud die frog student..
hmm..
kalu tulih "MEDICAL STUDENT, FROG DISSECTING KIT" kira boleh terima lagi laaa..
hahaha..aku pon glak...
macam pelik jer..
tapi tak per laaaa...

so , pagi tadi aku pg lecture dengan semangat..
konon nk dissect katak..
tiba-tiba aku ingat yang aku nih takut/geli katak..
aku pikir2 balik...
pastuh mesej ma (sempena hari ibu, sayangilah ibu anda)
ma kate suh bace ayat kursi sebelum dissect..
yang tuh memang aku setuju.
dan ma suh anggap katak tuh plastik..
tapi x boleh laaa..katak tu original sangat!

mula2 cucuk belakang katak tu dan rosakkan otak dan saraf belakang die..
nak bagi die mati dalam masa yang cepat cmtuh laa...
sebab dr. kate kalau buat macam tuh, katak akan tak rasa sakit..
hmm..aku pon x tau laaa
lepas da matikan katak tu, potong tangan ke atas..
kita tak perlukan tangan die dan kepala..
lepas potong dengan gunting, keluarkan isi perut die..
dah keluarkan isi perut, siat kulit die...
pastuh potong tulang belakang kepada dua..
celup salah satu kaki katak dalam air garam NaCl 0.69-0.7%
ambil yang satu lagi dan pinkan atas gabus...
pin kat rusuk, lutut dan tapak kaki..
senang nak potong sekarang..
masukkan benang kat bawah tendon otot gastrocnemius..
potong tendon die sepanjang mungkin..
patahkan tulang kaki die n buang..
pastuh buang tulang paha pulak..
buang semua otot selain yang melekat pada sciatic nerve..
dah siap untuk dissection...
minggu depan buat eksperimen yer!

*question*

1) Do you think you are hot?
hot and spicy!!

2) upload a favourite picture of you..



3) Why do you like that picture?
haha..my most elegance face kot!

4) When was the last time you ate pizza?
last friday, during B.O.O.M reunion picnic

5) The last song you listen to?
good girl gone bad-rihanna

6) What name do you prefer beside yours?
my ma n my abah, my along and her consort, angah, abg ipa, abg ala, kak gg and bila!
and also my frens la..kadeyy, afiq, akmal, luqman, khairi, kudus, my roommate (meerol,ijad,yim), my floormate, my hostelmate, and my ALL mate i do have!

7) People to tag?

1. afiq
2. kadeyy
3.tengku
4. luqman
5. khairi

8) Who is number one?
my twin in alexandria

9) Number three is having relationship with?
erm..should i tell u that? yerp..he is having relationship with someone in M****SIA

10) Say something about number five?
future housemate..

11) How about number four?
my guru in how to 'attract' people..

12) Say something about no two?
my best friend (perhaps)

Sunday, April 26

tagging..tagging..tagging

nih gambar desktop..
memang da lama tak tukar..
malas sangat..
gamba nih menunjukkan layout bandar alex..
bandar alex nih memanjang sepanjang laut meditranean..
30km la lbih kurang...
ermm...kenapa gamga nih?

1. gamba nih ada tunjuk San Stefano, mall terbesar di Alex...
2. nampak gamba laut yang cukup tenang!

again..i tag:

kadir
afiqkarim
luqmanbazlan
tengkunazmi
khairi

sYARAt-SyaRAT taG

1)anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune skang
2)bgtau nape anda suke wallpaper anda ituhh...
3)tag 10 people




001. Name ? Ahmad Ibrahem bin Mohd Azaman
002. Nickname(s)? baem, ayem n penulispahang
004. Zodiac sign ? Leo
005. Male or female ? Male
006. Elementary ? Baiti Jannati, SK Abu Bakar, SK tanjong lalang
007. Middle School ?Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh.
008. High School ? Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kolej Shahputra
009. College School ? Universiti Iskandariah, Iskandariah, Mesir.
010. Hair color ? blonde..kui3..black laaa
011. Long or short ? haha..dulu long, skrg short blik
012. Loud or Quiet ? very3 loud
013. Sweats or Jeans ? jeans laa
014. Phone or Camera ? both of 'em leyh x?
015. Health freak ? ehh..mane der
016. Drink or Smoke? ? never kot!
017. Do you have a crush on someone?? hmm..ade kot
018. Eat or Drink ? x..tgh diet!
019. Piercings ? x de
020. Tattoo ? dun want laaa..painful



FIRSTS:
023. First piercing ? never
024. First best friend ? my sister, Kak GG!
025. First award ? for my PTS..hahah, obsolete data!
026. First crush ? x tau laaa..x dek kot!
027. First pet ? heheh..x suke pet..
028. First big vacation ? banyak sgt..smpai da lupa
030. First big birthday ? every year kot!




CURRENTLY:
049. Eating ? peach~ nyam3
050. Drinking ? aqua siwa mineral water
052. I'm about to ? sleep
053. Listening to ? stickwitu, pussycat dolls
054. Plans for today ? cover balik lecture...
055. Waiting for ? balik malaysia


YOUR FUTURE:
058. Want kids?? 7 boley?
059. Want to get married?? tunggu abes housemanship
060. Careers in mind ? Family Medicine Specialist..insha Allah!



WHICH IS BETTER IN THE BOY/GIRL YOU LIKE?
068. Lips or eyes ? eyes..
070. Shorter or taller? ? shorter laaa
072. Romantic or spontaneous ? x memilih
073. Nice stomach or nice arms ? kind hearted..
074. Sensitive or loud ? both!
075. Hook-up or relationship ? relationship.....
076. Trouble maker or hesitant ? trouble maker

HAVE YOU EVER:
080. Lost glasses/contacts ? ade kot
081. Ran away from home ? technically never!
082. Held a gun/knife for self defense ? x pnah lg..
083. Killed somebody ? Allah save me from doing that!
084. Broken someone's heart ? selalu laa..
085. Been arrested ? x..
087. Cried when someone died ? of course..my grandparents..



DO YOU BELIEVE IN:
089. Yourself ? obviously..
091. Love at first sight ? maybe...
092. Heaven ? of course
093. Santa Claus ? nope..
094. Tooth Fairy? nope
095. Kiss on the first date ? lek2 r dlu...



ANSWER TRUTHFULLY:
097. Is there one person you want to be with right now → always..my family
098. Are you seriously happy with where you are in life → happy tapi nk blik malaysia!
099. Do you believe in God → yerp!!! AllahuAhad~
100. Post as 100 truths and tag 20 people →

5 jer boley?

Sunday, April 19

2 kisah, 1 entri


1. Suki suki pegang mayat!

masuk semester nih..baru kami dibenarkan pegang mayat.
pagi2 da beli sarung tangan getah..
supaya tangan x berbau formalin...

da banyak juga otot yang baru belajar..

doakan saya tabah melumati kesemuanya!


2. Kedai makan kotor yang pernah jadi tumpuan...

ISKANDARIAH, SABTU- Dalam jam 1030 pagi td ( 18 April 2009) selepas kelas praktikal.. pelajar-pelajar sction 4 first year lelaki pergi mengambil sarapan mereka di kedai 'Naser', yang mana merupakan kedai yang dikenali ramai dengan harga murahnya. Namun tanpa diduga seorang dari rakan kita yang menempah ruz bi firakh..atau dengan nama lainnye nasi ayam. Namun ulam dicita budu mendatang, nasi ayam yang dihidangkan dengan lauk tambahan iaitu seekor LIPAS goreng.(agak eksotik)..ngeh3. . Beliau terdiam sejenak lalu tanpa segan silu menjerit “ LIPASSS !!!” Hal ini menyebab rakan-rakan yang lain terkezut dengan kejadian yang berlaku.. Suasana menjadi kecoh seketika gara-gara pergaduhan antara pembantu kedai yang mana tidak mengaku salah dengan menyatakan yang lipas itu sbnyar nya ‘basal ma’li’. (bapak bongok btul lee..). Nasib baik tiada pertumpahan darah mahupun jurus2 silat dikeluarkan. Susulan kejadian ini, pelajar2 dinasihatkan agar tidak mengunjungi dan terus memboikot kedai tersebut.

Bedasarkan pengalaman senior2. Ada yang pernah termakan hidangan yang disertakan dengan ulat dikedai yang sama dan mereka juga telah memboikot kedai. Bukan itu sahaja, setiap minggu ada sahaja yang mengadu sakit perut dan cirit birit selepas makan di sana. Yang hairannya usaha ini hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja. Boikotan itu hanya berlangsung selama seminggu sahaja, lepas tu penuh balik kedai tu..

Jangan hanya tahu marah bila orang mengatakan ‘melayu mudah lupa’,’ muslim mudah lupa’ . Kerana jelas ‘pelajar medic alex MUDAH LUPA’..selepas ini dinasihatkan agar pelajar tidak lagi kesana..Namun tidak dipaksa untuk tidak membeli makanan di kedai itu. Ada juga makanan yang diyakini bersih seperti firakh baneh dan yang sama waktu dengannya.. Fikir-fikirkan lah..ini utk kebaikan bersama.

(entri bahagian kedua ini dibuat oleh kawan saya)