There was an error in this gadget

Saturday, November 7

sawang2 yang ku tinggalkan!

kalau aku tengok balik, macam nak tergelak pon ade..
klakar gler ape yang aku tulih ni..
tp alhamdulillah benda nih dpt pengiktirafan..
so bacelaa kalau nak..
aku bantai jer maklumat dier..tp ade yg aku amek dr sketsa.
aku pon x tau aku tulis ape.

************************************

CERPEN

POTRET KASIH FICUS DELTOIDEA

UNTUK ABANG

Indigo. Kalimah itu membina tembok apertheid terbesar dalam hidupku. Abangku remaja indigo. Remaja yang dikatakan mempunyai nilai IQ atau intlligent quotion yang tinggi. Tahap IQ abangku mencecah 155. 25 peratus lebih daripada tahap IQku. Sejak kecil kami diasingkan. Kami tinggal dalam bilik yang sama namun kami dipisahkan dengan sekeping kaca perspek yag merentangi tengah bilik. Aku hanya dibenarkan berjumpa abangku ketika Eidain sahaja. Kecerdikan abangku mula disedari tika dia berumur 13 tahun. Waktu itu, dia baru saja mendapat keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Rendah atau SPR dalam tempoh 30 tahun. Hasil keputusan cemerlangnya itu, dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke Oxford Indigo College, Singapura. Kolej ini ditaja sepenuhnya oleh Persatuan Bangsa-Bangsa bersatu atau PBB di 44E, NY, Amerika Syarikat.

************

Aku termenung di hadapan meja kerjaku yang kemas bersusun. Eksperimen penciptaan darah tiruan telah kusiapkan. Sel darah itu ku biakkan dengan bantuan Fe (II) atau ion Besi+2. Aku sebenarnya telah membuat ujikaji tentang potensi ion besi di dalam membiakkan sel-sel darah berlipat-ganda hasilnya. Ah, segalanya hanyalah ‘permainanku’ sewaktu di Universitas Tiumah dulu. Aku kurang menumpukan perhatian kepada syarahan mana-mana pensyarah. Segalanya telah aku baca dan ianya telah masak di dalam fikiranku. Pintu bilikku diketuk perlahan. Setelah dibenarkan, tampang seorang lelaki kurus tinggi terzahir di retinaku. Dia kemudian menyerahkan sekeping sampul surat coklat yang tertera di atasnya “SULIT”. Hatiku meneka. Dari mana agaknya sampu surat sebesar kertas A4 ini. Aku mengoyak cermat mulut sampul surat itu. Terpampang besar mohor Kerajaan Diraja Tiumah. Baru aku teringat, Pengarah Penyelidikan Bioteknologi memintaku membuat penyelidikan tentang fungsi Mas Cotek atau Ficus deltoidea untuk menguruskan badan. Sekali mataku melimpasi pada namanya membuatkanku tergelak. Nama yang gharib kedengarannya di telinga. Katanya pokok ini banyak ditanam di Gua Musang, Kelantan, Malaysia. Malaysia merupakan antara jiran terdekat Tiumah. Kertas dari MOSTI atau Ministry of Science, Technology & Innovation itu kuselak. Terpapar jelas ikatan heliks ganda dua pokok berkenaan. Ikatan asas nitrogennya cukup kuat. Gula pentosnya pula bagaikan diukir. Ciri penyembuh yang kuat, fikirku. Telefon berdering. “ Hello, bisa saya bercakap sama Dr. Malikiy. Saya Fartini dari PT Bioherba di Indonesia”, kedengaran suara gemersik di hujung talian. “ Ya, bercakap. Bisa saya tahu anda ini ada urusan apa?”, balasku tegas dalam kebingungan. Setahu aku, aku belum pernah membeli mahupun berurusan dengan sebarang syarikat dari Indonesia. “Oh, maafin saya pak. Sebenarnya kami diarah oleh Kerajaan Tiumah bagi mengahantarin bapak 30 anak pokok spesis Ficus deltoidea kepada tuan. Jesteru, kami ingin mengkonformasi tempahan itu”, suara helaan nafasku menjadi penutup kalimahnya. Sesungguhnya memang itu yang sepatutnya kerajaan Tiumah lakukan. Aku menyelak lebih lanjut kertas tender penyelidikan. Ku teliti sepenuhnya kertas. Halaman terakhir sekali memaparkan gambar pokok itu. Aku terkasima. Daunnya yang cantik, strukturnya yang menarik, pasti saja membuat siapa pun tertarik. Tarikan istimewa selain namanya! Aku meneruskan pencarian mencari maklumat sedia ada di layar internet. Pelayaranku di internet menemui jalan buntu. Mas cotek diklasifikasikan sebagai unknown plants. Kalau begitu, khasiat mas cotek hanya disedari selepas ianya dimakan tanpa mengetahui pro dan kontra. Fuh.. Eksperimen paling bahaya kukira. Ujikajiku kali ini nampak lebih mencabar. Mujur saja Nutren Optimee IV ada membantu. Mesin ciptaanku itu boleh menjalankan penyelidikan nutrien tanpa mencacatkan sempel. Teknologi yang ku hasilkan secanggih teknologi nuklear milik Iran. Tapi, untuk itu, aku perlu menunggu seminggu saja lagi kerana kebiasaannya, tumbuhan yang diposkan melalui mel udara memakan masa lebih tujuh hari. Telefon berdering sekali lagi, kedengaran suara peonku mengalun mesra. Katanya, aku punyai tamu di luar. Aku keluar dari kamarku tanpa banyak kerenah. Aku terlihat seorang lelaki muda berbaju overall ala-ala pekerja kurier menikam korneaku. “Dr. saya wakil dari syarikat herba Bin Nasuha Trading Pte. Ltd. Nama saya Akmar Rifaie. Saya ditugaskan untuk menghantar 30 anak pokok mas cotek kepada tuan”, aku terkejut lagi tak mengerti apa yang sedang berlaku. “Tempahanku di Indonesia, mana mungkin pula orang Tiumah sendiri yang menghantarnya”, bisikku sendirian. “Oh, ya! Memang saya terlupa sesuatu. Syarikat kami adalah rangkaian syarikat PT Bioherba di Indonesia. Jadi, memang lama sudah kami menerima tempahan membiakkan spesis ini, cuma tiada seorang pun yang mahu mengambilnya”, jelas Akmar Rifaie panjang lebar sekaligus manghapuskan keraguan yang bersarang di jiwaku. Aku hanya menurunkan tanda tanganku. Padanya, salam kasih kuhulurkan. Dia kemudian berlalu pergi. Advencer memburu khasiat mas cotek terzahir luas dihadapanku. Aku pantas mengarahkan tukang kebunku membawa 29 anak pokok itu ke kebun rehibilitasi di tenggara makmal. Aku terus mengangkat dan membawa satu pokok yang telah dikenal pasti ke dalam makmal. Sehelai daun ku petik, lantas kumasukkan ke dalam mesin Nutren Optimee IV. Keputusan analisa ujian sinar gamma yang ku kenakan ke atas sampel daun itu terpapar di skrin. Aku membacanya penuh takjub. Nilai kandungan fosforus, zat besi mahupun flavanoidsnya jauh lebih tinggi daripada kandungan yang dimiliki oleh Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia. Kandungan flavanoids yang dimilikinya 600 mol dm-3 lebih tinggi daripada tongkat ali yang mempunyai 143 mol dm-3 flavanoids. Tannis, triterpernoids, proanthicyannis dan keadaannya yang bebas steroid memberinya nilai tambah. Hebat, khasiatnya tinggi, rupanya cantik namun, ia hanya menjadi perhiasan di laman rumah. Mujur saja ada lagi warga emas di kampung yang mengamalkan tumbuhan ini sebagai makanan tambahan, lantas menarik perhatian para pemerhati agroteknologi. Dila, abang sedang sibuk. Jangan hubungi abang minggu ini. Butang hantar ku tekan. Sesaat kemudian, mesej itu sampai di tangan penerimanya. Dilaysu, gadis bertubuh kecil molek yng dilamar ibu buat abang sebenarnya. Abang enggan mengahwininya. Sebulan selepas itu, abang terlibat dengan kemalangan. Abang jadi gila kemudiannya. Mutiara karangan lelakiku putus membasahi pipi. Abang yang dulu menjadi sanjungan semua kini berubah menjadi orang yang paling ditakuti dalam susun lapis masyarakat. Waktu itu aku masih di universiti, menyambung pengajian tahun pertama dalam bidang Bioteknologi Gunaan di peringkat sarjana. Tika itu umurku mencecah 24 tahun cuma. Abang lantas dihantar ke Rumah Bahagia Tiumah di bandaraya Johan. Segalanya begitu segar di lembayung fikiran. Aku kembali ‘mengunyah’ kertas kajianku. Hasrat untuk mencari khasiat terbesar mas cotek masih belum terpadam. Khasiat flavanoids bagai kurang satu. Semuanya telah lengkap kecuali satu benda, apa dia ya?? Kualiti hafalanku menurun tampaknya. Mungkin kerana coklat yang terlebih kuambil. Ya!! Aku teringat sesuatu. Flavanoids juga berfungsi sebagai agen pencegah LDL atau kolestrol ‘jahat’ di samping menggalakkan pengoksidaan HDL atau kolestrol yang bergun untuk badan kita. Ternyata, khasiat ini pernah dijumpai namun masih belum dipraktikkan oleh mana-mana profesor di dunia. Kandungan flavanoids yang banyak hanya boleh menjadi kenyataan andai ekstrak mas cotek ku hasilkan. Itu hanya hipotesis awalku. Selepas menjalankan pengekstrakan keseluruhan pokok itu, aku dapati kandungan flavanoids meningkat sekaligus menerima hipotesisku. Virtua Rays kini semakin rindu untuk berfungsi . Alat yang memancarkan gelombang mikro daripada larutan bahan kimia ke seluruh badan pesakit tanpa sebaranga kesakitan itu telah lama terpaku di satu sudut stor. Fikiranku kembali menerawang. Merehatkan fikiran memang satu kegemaranku apatah lagi selepas menjalani satu eksperimen yang besar. Telefon berdering lagi. Betul-betul menganggu. “Prof, ada faks baru tiba dari MOSTI”. “Hantar ke bilik saya sekarang.” Beberapa jurus selepas itu, kelibat peonku menjengah lagi di celahan daun pintu. Kertas bertukar tangan. Kertas dari MOSTI itu kulumati meski neuron otakku sudah letah-letai berfikir sedari tadi. Mataku melinang tatkala menyaksikan mesej ringkas. Arahan dari Pengarah Penyelidikan Bioteknologi menyatakan bahawa aku perlu menyaisat sesuatu yang baru. Kaitan menghidu aroma pisang dengan pengurusan badan! Huh.. Entah dari ceruk rantau mana PPB mendapatkan pemerhatian sehinggakan ia menjadi salah satu benda penting. Perkara yang perlu aku jalankan penyelidikan ke atasnya hanyalah perkara yang teramat penting. Fikiranku menggelintar. Sesaat kemudian, aku teringat bahawa Ke Bawah Duli Teramat Mulia Sultanah Tiumah menghadapi masalah kegemukan atau istilahnya obesiti.

***********

“ Ayah, kenapa ayah mengasingkan saya daripada abang. Satu hari nanti tika ayah sudah tiada, saya tetap akan bergaul dengan abang.” Pernah sekali ku suarakan kebingungan yang bersarang di jiwa. Ayah hanya mendengus sambil berkata, “Malikiy, kamu diam dan jangan campur urusan bapa. Abang kamu istimewa, kamua hilang hak untuk bergaul dengannya.” Kata-kata ayah itu walau bagaimanapun berjaya megubah momentum usaha dalam diri. Aku berazam untuk menjadi seorang indigo seperti abang. Aku sedar tahap IQku rendah, namun, itu bukan kayu ukur kecerdikan sebenar. Aku berjuang meningkatkan EQku atau dikenali sebagai Emotional quotion. Aku percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan. Hasil usaha penat lelah titik peluhku, ku berjaya menjadi remaja indigo meski tidak punyai medan kuasa berwarna nila. Aku berjaya buktikan bahawa ke‘indigo’an seseorang bukan ada bersamanya tika dilahirkan. Kemalangan melibatkan abangku juga menjadikan orang ramai sedar bahawa indigo adalah satu nikmat Allah yang akan ditarik balik andai tidak digunakan pada sabil-Nya.

***********

Eksperimen pisangku berjaya. Aku berjaya mengumpul sejumlah bukti menjadikanku saintis pertama di dunia yang menjumpai rahsia aroma pisang. Arghh… sekian lama sudah tidak aku menggeliat sedemikan rupa. Sudah dua minggu aku mengusahakan kedua-dua eksperimen arahan Pengarah Penyelidikan Bioteknologi Tiumah. Segala urat tersimpul ku elokkan, ku betulkan dan ku urut agar aku bertenaga untuk membuat demonstrasi di hadapan Perdana Menteri Tiumah keesokan harinya. Tikus gemuk, Rattus Muellerri telah ku tangkap tadi siang. Baru saja pagi tadi aku uji khasiat mas cotek dan aroma pisang. Tikus belanda, Cavea porcellus yang ku gunakan dalam ujian tadi ku masukkan kedalam Virtua Rays untuk ujian pemancaran mas cotek melalui gelombang mikro ke dalam badannya. Pengaplikasian aroma pisang ku jalankan menerusi mesin Sinnis Acapolca.

*********

Terkejut. Terkejut nian aku apabila aku dikhabarkan bahawa ujikajiku yang pertama seumpamanya di dunia ini bukan untuk Sultanah Tiumah. Aku rasa cukup dihina tika aku dimaklumkan bahawa ujikaji ini adalah untuk mengembalikan ingatan seorang lelaki gila yang dikatakan gila akibat mendakan lelemak tebal di bahagian yang minor. Aku terkasima. Letah-letai otakku menggelintar, rupa-rupanya eksperimen ini adalah untuk orang gila. Sepenting manalah agaknya orang gila itu kepada Negara Tiumah ini. Langkahku kian longlai tika aku menghampiri makmal peribadiku. Aku cuma ingin menyambung lenaku. Arghh… Aku masih sakit hati. Buku panduan Virtua Rays dan Sinnis Acapolca ku hempas di atas meja kopi kaca seramik. Aku merebahkan badanku di atas sofa empuk makmalku. “Abang, bangun. Dila datang nak bawakan abang Abang Halikiy. Dia ‘dah dibebaskan dari Rumah Bahagia Tiumah. Dia teringin nak jumpa abang.” Bingkas aku bangun dari pembaringanku. Hampa. Sekelilingku cuma molekul udara yang memenuhi sedari tadi lagi. Khali. Wajah abang dalam bayangan tadi ghaib mentah-mentah, membiarkan aku ghaib dalam khayalan. Aku lantas bangun mematikan hasratku untuk terus tidur. Berbekalkan buku panduan kedua-dua mesin ciptaanku, aku keluar dan mencari peonku. Aku cuba mengajar peonku tentang cara mengoperasikan mesin itu. Aku harap aku dapat melepaskan diri daripada berjumpa pesakitku. Aku benci dia. Kerana dia aku berasa begini kecewa. Peonku berkelulusan ijazah, jadi tidak pula stu kemudharatan untuknya bagi memahami apa yang akan ku ajarkan. Kasihan peonku, belajar tinggi hanya untuk menjadi peon. Memang nasibnya tertakluk di bawah kehendak kelayakan pekerjaan. “ Karim, aku hendak mengajar kamu tentang mesinku.” Wajah bingungnya menjadi balasan yang diterimaku. “Prof. boleh saya bertaya kenapa halanya profesor ingin saya mengetahui tentang cara mengendalikan kedua-dua mesin profesor itu.” Balasan karim itu masih dibauri hormat walau dia sebenarnya sedang bingung. Aku hanya tersennyum mendengarkannya. “Karim, terima apa yang saya katakan sebagai perintah bukan permintaan.” Tenang saja aku menghabisi masa disusuli anggukannya. Ahh, Karim dapat belajar dengan pantas sekali. Dia memang genius. Namun, ketidakmampuan keluarganya membataskan pengajiannya. Memang aku telah diberitahu tentang hasratnya yang dia ingin berhenti bekerja denganku sejurus saja mempunyai wang yang cukup untuk menyambung pegajiannya. Hingga tika ini aku gagal untuk memujuknya mengikuti pengajian luar kampus. Aku kembali menyambung rehatku. Bukan di dalam makmal, tetapi aku aku rindu benar pada tilam empuk di bangloku. Banglo rekabentuk Jepun ini, ku bina setahun selepas menghabiskan tesis ijazah doktorat. Tambah-tambah lagi tika itu, aku baru saja menerima hadiah penghargaan UNESCO atas jasaku mencipta vaksin pencegah dan pengubat AIDS.

*************

“Abang, baru-baru ni Dila ada pergi ke Rumah Bahagia Tiumah. Dila kepingin melawat abang Halikiy. Tapi, bila Dila sampai di sana, pihak pentadbiran kata abang dikuarantin oleh kerajaan.” Aku hanya terdiam. Aku masih mengantuk hakikatnya. “Abang, Dila cakap dengan abang bukan tunggul.” Jeritan Dila mengembalikanku ke atas katilku. “Emm… entahlah Dila. Mungkin psikitris masih berusaha mengubat abang.” Dila puas dengan jawapanku. Aku kembali menyambung tidur selepas panggilan dimatikan.

Isnin. Hari pertama minggu ini. Hari ini aku sepatutnya sudah terpacak di Auditorium Perdana Kompleks Vesuvius Primee, kompleks pejabat perdana menteri. Aku hanya mengahantarkan wakil untuk membuat demonstrasi. Karim menelefonku subuh tadi. Katanya, sistem akan dinaiktaraf. Permohonan Pengarah Penyelidikan Bioteknologi agar ketulan batu kristal azurite dan lapis lazuli dapat dipancarkan ke seluruh badan pesakit. Untuk kerja semudah itu, aku hanya menyerahkannya kepada Karim. Namun, aku hairan kenapa pula kedua-dua jenis batu kristal itu perlu dipancarkan ke badan pesakit. Karim hanya menyatakan bahawa orang gila yang akan dirawat itu adalah bekas remaja indigo. Oh… Hebat bunyinya. Aku hanya berehat menonton televisyen pada hari cuti begini. Telefon berdering. “Prof, memang profesor wajib datang pagi ini. Pasti saja profesor tak akan percaya bahawa….”. Talian terputus menyuntik ruh ingin tahuku. Aku bersiap-siap sekadarnya menuju Kompleks Vesuvius Primee. Aku tiba di sana lantas disarungkan Karim kot makmal. Aku menanyakannya apa yang terjadi. Dia hanya mengulum senyum. Aku masuk ke auditorium seperti yang dijanjikan. Langkahku terhenti tiba-tiba. Entiti lelaki yang dipegang dua orang pembantu perubatan membunggar lututku. Hampir saja aku rebah. Abang Halikiy d hadapan mata. Oh… indahnya. Eksperimen ini rupa-rupanya untuk abang. Aku biarkan potret kasihku terzahir melalui penemuanku ini. Abang pasti akan sembuh. Bersedia abang…

2,179 p.p

(Pemenang Hadiah Utama, Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Hari Buku Sedunia DBP-Kedutaan Sepanyol)

4 comments:

Anis Amirah Nawawi said...

panjang sangat. x larat nk baca. nnt kau citer jela kat aku.

ibrahemazamanzain said...

alaaa..bace jerla bile free..
ape la anis nih!

kepalakotak said...

bubuh kat kapasitor. perenggan dn sume tuh. bg senang nk bace.

sAy iT oNce LovEly said...

baguslah weyh........ im looking for your short story actually. i fond of your literature btw... its a sincere compliment nih taw...... heheh


good jobb........ i havent read yet, but the word INDIGO at the very beginning sounds perfect to the rest......


let me rest and read it later ok


wondering of the new 'FAIZAL TEHRANI'