There was an error in this gadget

Wednesday, April 28

jalan2 cairo, post terlambat





ini gambar masjid sultan hassan (sebenarnya ini not 100 pound mesir). letaknya di cairo. antara masjid tertinggi di cairo kata musyrif kami. juga dikenali masjid empat mazhab. bukan sembahyang dlm empat mazhab yer. tapi ade kelas untuk empat mazhab

lepas tu melawat masjid el-rifa'i terletak di hadapan masjid sultan hassan. gambar masjid el-rifa'i ada terpampang di not 10 pound mesir. dalam masjid ini ada kubur raja farouk, raja mesir kedua terakhir. serta kubur shah muhamad reza pahlavi, shah Iran yang terakhir yang dibuang ke mesir. kubur dia memang grand sangat. siap ada bendera iran lama, seluruh bilik disaluti marmar hijau.

lepas tu, pergi ke masjid sayyidah aisyah, cicit nabi yang ke-6 kalo x silap. gambar nya ada dalam not 25 piasters mesir. melawat makam ahli keluarga nabi memang mendamaikan. tiada yang lebih mendamaikan di mesir.

kemudian, pergi ke makam imam syafei, imam mazhab kita, sambil-sambil melewati makam widak kalau tak silap, guru kepada imam syafei. di makam imam syafei, ada maam nya dan yang paling istimewa, dikatakan ada kesan tapak kaki nabi. memang syahdu, ada sentimen sayang masih di jiwa alhamdulillah...

meninggalkan makam imam syafei, menuju ke azhar kampus banin di tengah-tengah kota Qahirah. menjejak ke tanah mulia itu satu pengalaman mengasyikkan. universiti al-azhar sungguh-sungguh tempat terpilih. mengambil wudhu' di masjid al-azhar yang terletak bersebelahan. gambar masjid ini terpampang di not 1 pound mesir. berjumpa seorang syeikh, bersalam dengan syeih tafsir yang kata musyrif kami terkenal dan warak.

kemudian ke masjid hussein, menziarahi makam cucu nabi sangat mengharukan. nak tahu perasaannya? marilah ke Qahirah.

ouh..lupa.saya ke cairo untuk urusan tiket..alhamdulillah..dapat naik Qatar Airways tahun ni..
berjumpa ustaz faiz, musyrif saya dan amirul syaiful...

terima kasih juga pada 'kawan-kawan' amirul syaiful di cairo yang mengajak kami makan.

terima kasih semua!







Friday, April 23

adamaya

saya baru-baru saja menjengah dunia drama semasa.
paling menarik, drama bersiri baru di stesyen tv swasta, AdaMaya.
cerita ini tentang kahwin atas kehendak keluarga, tanggungjawab dan amanah.

apa yang nak ditulis di sini,
persoalan keseriusan lelaki dalam menjalinkan hubungan dengan ciptaan tercantik, wanita.
betul, wanita betul-betul ingin tahu di mana tahap kesediaan lelaki menerima tanggungjawab.

jangan jadi lelaki di balik tabir. suka-suka tanpa ada keseriusan. ini soal hidup.
siapa yang belum tonton boleh berbuat demikian di www.tv3.com.my.
jika sudah yakin dan mantap. teraju langkah ke depan.

BERSEDIA UNTUK DUNIA BARU!


Thursday, April 22

menulis dan menulis....

tak nak bagi idea ni 'stagnant' sambil-sambil mencontohi housemate kesayangan, saya bertekad untuk menulis hari ini.

hari ini saya nak menulis tentang penerimaan dan keberuntungan...

kadang-kadang saya pelik tengok orang yang sangat-sangat beruntung tapi x reti bersyukur.
amalan utamanya selalu mengeluh, padahal semua yang diidamkan ada di depan mata. nak kasih sayang?
kawan-kawan sudah cukup memberikan teduhan.

terimalah kelemahan dan kelebihan diri, itu kunci kebahagian, kita ini makhluk-Nya.

satu lagi, nak sentuh pasal mesir bumi anbiya' juga lah.
hari tu ada borak-borak dengan seorang pelajar arab dalam kelas kami.
katanya, dia perasan yang segelintir pelajar malaysia masih enggan menerima mesir sebagai tempat belajar. home-sick? mungkin!

tapi se'home-sick' mana pun, sila terima bumi ini sebagai tempat berbakti.

walau setiap hari hampir dilanggar kereta,
walau setiap hari bergaduh (baca: tawar-menawar) dengan pakcik teksi,
walau kelewatan urusan arab menjadi makanan ruji,
terimalah...

bumi ini tempat kehidupan,
bumi ini tempat galian ilmu,
walau dengan mikroskop zaman perang dunia kedua,

TERIMALAH BAHAWA MIKROSKOP TUA ITU MENDIDIK PROFESOR TERULUNG YANG BERBAKTI PADA KITA SEKARANG!

Wednesday, April 21

womanizer.dramatist.perfomer

apresiasi

saya suka menulis, dulu saya selalu menulis.
mungkin lepas baca ni, ada yang cakap "itulah..orang da cakap dulu!"
ya..saya mengaku. saya silap.
saya anggap menulis bukan aset saya, aset orang macam kepalakotak.

saya tahu, saya tak sehebat kepalakotak dalam bab-bab menulis ni, tapi tetap saya
suka menulis.

saya silap. saya sepatutnya apresiasi bakat saya. bukan biarkannya dorman, kusam bertapuk dalam diri.

saya perlu menulis. katakan ia dari hatiku ada tanya, penulis tak menulis ke?
macam-macam jawapan saya berikan.

kenapa saya pilih id penulispahang kalau saya bukan penulis. apa signifikannya?
bagi sesiapa yang mengenali saya, rajin-rajinlah menanya, "awak dah menulis hari/minggu/bulan ini?".

terima kasih!