Thursday, April 22

menulis dan menulis....

tak nak bagi idea ni 'stagnant' sambil-sambil mencontohi housemate kesayangan, saya bertekad untuk menulis hari ini.

hari ini saya nak menulis tentang penerimaan dan keberuntungan...

kadang-kadang saya pelik tengok orang yang sangat-sangat beruntung tapi x reti bersyukur.
amalan utamanya selalu mengeluh, padahal semua yang diidamkan ada di depan mata. nak kasih sayang?
kawan-kawan sudah cukup memberikan teduhan.

terimalah kelemahan dan kelebihan diri, itu kunci kebahagian, kita ini makhluk-Nya.

satu lagi, nak sentuh pasal mesir bumi anbiya' juga lah.
hari tu ada borak-borak dengan seorang pelajar arab dalam kelas kami.
katanya, dia perasan yang segelintir pelajar malaysia masih enggan menerima mesir sebagai tempat belajar. home-sick? mungkin!

tapi se'home-sick' mana pun, sila terima bumi ini sebagai tempat berbakti.

walau setiap hari hampir dilanggar kereta,
walau setiap hari bergaduh (baca: tawar-menawar) dengan pakcik teksi,
walau kelewatan urusan arab menjadi makanan ruji,
terimalah...

bumi ini tempat kehidupan,
bumi ini tempat galian ilmu,
walau dengan mikroskop zaman perang dunia kedua,

TERIMALAH BAHAWA MIKROSKOP TUA ITU MENDIDIK PROFESOR TERULUNG YANG BERBAKTI PADA KITA SEKARANG!

2 comments:

Meru said...

hari2 nak kena jaga baem n anis dari dilanggar kereta
;p

anaKarimah said...

lawaknya pakndak...wafa' pon nak ikut jejak pakndak la jugak nanti insyaAllah...