There was an error in this gadget

Friday, May 16




Hari ini saya tujukan buat semua yang pernah mengajar saya secara langsung atau tidak langsung.

Saturday, May 10


Keputusan yang tepat serasa saya telah saya putuskan. Saya akan ke UIAM. Saya batalkan hasrat saya ke MMU. Capaian internet saya dapatkan. Saya ke laman web Centre for Foundation Studies UIAM untuk mengesahkan penerimaan tawaran yang tergantung selama ini. Saya mengisi borang atas talian apa yang patut. Isnin nanti saya akan menghubungi En. Abdul Salam. Sekarang saya akan ke UIAM.

Tuesday, May 6


Saya telefon En. Salam. Saya maklumkan yang saya akan menyertai MMU di bawah tajaan Yayasan Telekom Malaysia.

Monday, May 5


Petang tadi, saya dapat panggilan telefon. Nombornya +6032240…. Sepertinya pernah berjumpa nombor ini. Saya angkat panggilan tersebut. Rupanya suara En. Ridha di hujung talian. Katanya, saya berjaya mendapat biasiswa Yayasan Telekom Malaysia untuk pengajian di Multimedia Universiti. Keputusan untuk menyertai MMU perlu saya beri esok. Pilihan saya kini ada tiga!

Thursday, May 1

UIA datang melamar..


Hari ini, saya dapat mesej dari Aishah F10. Mesej biasa. Cuma cara-cara meyemak status permohohonan IPTA bagi lepasan SPM. Saya tanyakan padanya, “Keputusan untuk ke universiti sudah keluar?”. Balasannya ya! Saya menghantar mesej UPU kad pengenalan ke 32020.

Balasannya begini;

RM0.50 91081906**** SPM/SETARAF:

Tahniah! Anda berjaya ke UIAM.

Kursus Y0020 ASASI SAINS FIZIKAL. Rujuk http://www.iiu.edu.my/asasi/kemasukan/tawaran.html

Satu pilihan lain selain Kolej Matrikulasi Pahang. Saya perlu memilih antara dua sekarang.