There was an error in this gadget

Wednesday, October 11

Cerita Tentang Sketsa Kerjaya

Assalamualaikum

Serasa saya, saya belum pernah menceritakan lagi pengalaman terhebat saya ini. Bacalah petikan laporan Sketsa Kerjaya yang saya sertai.

Pasukan sketsa Kolej Islam Sultan Alam Shah telah ditubuhkan pada tahun 2003. Pada April 2006, pasukan ini telah menyertai Pertandingan Sketsa Kerjaya Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Klang. Pertandingan yang diadakan di SMK (P) Convent, Klang itu disertai 11 sekolah lain dari seluruh pelusuk daerah Klang. Pasukan ini telah berehat selama setahun lantaran kesibukan guru dan pelajarnya pada tahun lepas menyambut Jubli Emas Kolej Islam. Berkat usaha ahli pasukan sketsa ini, pasukan ini berjaya menggondol Anugerah Sketsa Terbaik (Tempat Pertama), Anugerah Pengarah Terbaik, Anugerah Persediaan Prop Terbaik, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik serta Anugerah Skrip Terbaik. Hanya satu anugerah sahaja yang tidak dapat KISAS ungguli iaitu Anugerah Kostum Terbaik yang dimenangi oleh SMK (P) Convent. Peluang melayakkan ke kejohanan peringkat negeri melipatgandakan lagi usaha murni pasukan ini. Walaupun terdapat halangan dari segi musim peperiksan dan kekangan masa, pasukan ini tetap berlatih tanpa mengabaikan pelajaran. Pada 28 Jun 2006, pasukan ini bertolak ke SK Antara Gapi, Hulu Selangor bagi menyertai pertandingan peringkat negeri selepas beberapa sesi latihan tamat. Sekali lagi pasukan ini mencipta sejarah apabila dinobatkan johan di peringkat negeri. Keadaan pasukan selepas melayakkan diri ke peringkat kebangsaan menjadi kelam kabut kerana kontinjen Selangor Darul Ehsan ini diberi masa sebanyak 3 hari sahaja untuk persiapan terakhir menuju Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Kebangsaan pada 2-5 Julai 2006. Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan di Auditorium Kompleks Taman Seni Islam, Shah Alam, Selangor D.E. Saingan hebat sekali lagi diterima daripada kontinjen Sarawak, Sabah dan Kelantan. Namun, sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Rezeki memang tidak ke mana. Pada 5 Julai 2006, Kolej Islam Sultan Alam Shah dijulang sebagai Johan Sketsa Kebangsaan. Tercetus sejarah memori manis bagi semua peserta dan guru pengiring. Sesungguhnya kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa bimbingan guru-guru yang berdedikasi.

Salam daie dari Bumi Waqafan




Sunday, June 18

Menjelang Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamualaikum

Maaf kerana sudah sekian lama tidak mengemaskini blog ini. Selaku pelajar, ripuh tugasan tetap membebani. Terima kasih pada semua yang menyokong saya.

Saturday, June 17

Peperiksaan Setengah Tahun Yang Sudah Usai

Oh..... Sekian lamaku menunggu untuk menulis di ruang ini namun masa tidak mengizinkan. maaf pada semua yang mengunjungi blog ini. Saya sekian lama teringin untuk menulis. Terima kasih pada mereka yang terus menyokong saya.

Friday, April 28

Ke Kapar dari Sang Suria menjengul hingga terjun di lubuk persemadiannya.

Assalamualaikum..


Majlis Sukan-Sukan Daerah Klang sudah bermula. KISAS selaku tuan rumah perlawanan bola sepak ditugaskan menghantar wakil-wakil ahli PBSM. Dan di antara wakil PBSM yang bertuah itu, saya di antaranya. Hari pertama nampak sangat menyeronokkan. Ke tampat baru yang belum pernah dijejaki. Namun, setelah tiba di KISAS petang itu, saya rasa langit sudah di atas kepala, katil bagaikan menyeru. Walaubagaimanapun, tugas sebagai pelajar belum pernah diabaikan. Prep menjadi medan pelepas lelah. Berjumpa semula dengan rakan-rakan, bergurau-senda dengan tidak keterlaluan. Aduh, waktu prep sudah tamat, nampaknya saya perlu ke asrama menghadiri majlis Liqa' Al-Mulk.Terima kasih sudi membaca....

Salam dari Bumi Waqafan...........

Friday, March 24

Peperiksaan berlalu

Aduhai,sibuk betul dalam seminggu dua ini.Masa mungkin tidak mengizinkan saya bertemu muka dengan PC. Semalam baru tamat peperiksaan kertas terakhir, Pend. Syariah Islamiyah. Hari ini terpaksa bertolak ke Sabak Bernam pula untuk menghadirkan diri di dalam Kem Peningkatan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Penuh Zon Tengah. Institut Latihan dan Da'wah Selangor menanti penuh sabar. Sesampainya kami di sana, kami disambut denga pembahagian kumpulan bagi memudahkan kerja-kerja para fasilitator. Lantas kesudianku mempengerusikan liqa' pertama mendapat peghargaan. Saya dinobat sebagai Ketua Kumpulan 1. Pengalaman bergaul dengan pelajar sekolah lain yang buta tentang biah solehah agak menyukarkan saya. Pada mereka saya terangkan konsep biah solehah di KISAS. Moga itu menjadi panduan hidup mereka. Salam dari bumi waqafan!!!!!

Sunday, March 19

Girangnya balik ke aspura, murungnya hari peperiksaan esok hari

Salam dari bumi waqafan,


Keputusan untuk balik awal telah diambil, saya kini sampai di asrama putera KISAS. Masih ada sahabat yang belum pulang dari kampung. Menikmati cuti mungkin. Aduh, persediaan belum bermula,esok English for Science and Technology membuka tirai ujian pertama saya di sini. Nampaknya sudah tiba masa saya berehat. Selamat malam!!!!

Wednesday, March 8

Lusa Menuju kampung

Dalam hati ada rindu agaknya, bila dapat ku berjumpa kakak dari jauh. tertunggu-tunggu bila dapat berjumpa dengan rumah baru kami. Melanting menuju tampuk dan saya hendak balik kerana belum sempat menatap wajah kanda dri Bumi Kinanah. Alangkah girannya hatiku, tiket sudah berbeli namun baju belum dikemas. Kita menunngu sama-sama detik itu.

Wednesday, March 1

Sehari bersama Bengkel Sketsa Alam Kerjaya

Assalamualaikum, satu cerita bermula dengan penimbaan pengalaman yang amat berharga. Setelah ujibakat dijalankan,saya bertujuh dinobatkan sebagai pelakon drama english dan sketsa kerjaya. Skrip yang tidak disediakan membuatkan saya mengambil keputusan berlakon sebagai peguam.Skripnya saya adaptasi daripada cerpen yang paling saya sukai.Istimewa Dari Cenma Detara, karya sasterawan Negeri Sembilan yang sentiasa produktif, Nisah Hj. Haron. Pengalaman bertemu dengannya membawa pengalaman indah dan penuh bererti. Terima kasih Kak Nisah.Pagi tadi, saya pergi ke SMK(P)Convent, Klang bagi mengikuti bengkel yang saya ajukan di awal tadi. Bertolak pada pukul 7.45 tanpa masuk kelas terlebih dahulu, membuatkan saya berasa begitu teruja,(walau saya tahu itu bukan sifat pelajar KISAS) Usai balik dari bengkel saya mengeluh kepenatan. Aaaa... sebelum saya terlupa, biar saya memberitahu semua, there are 5 unique in KISAS:


Teachers,
Cikgu di sini semuanya balik petang. Masih belum kelihatan cikgu yang ponteng atau balik awal.
Tarbiah,
Di sini kami diajar merujuk al-Quran dan As-Sunnah.
Ukhuwwah,
Yang penting di sini ialah semangat tolong bekerjasama di bawah satu blok. yang mewakili setiap rumah sukan.
Biah solehah
Di sini semangat percaya mempercayai terus ditanam, bayangkan jika ingin membeli kerepek, kita cuma perlu meletakkan duit di dalam bekas tak bertutup yang disediakan.
Friends,
Kawan, satu perkara paling penting di SBP(Sekolah Berasrama Penuh).

Harap dapat berjumpa lagi pada zaman akan datang.Salam dari BUMI WAQAFAN.