There was an error in this gadget

Wednesday, October 8

Pagi itu saya pergi ke universiti untuk sesi pra-orientasi. Hanya sekadar mendengar celoteh dari Pegawai MARA. Mujur ucapannya santai. Kami mendengar sehingga ucapan itu habis. Tiada seorang pun terlena seperti kebiasaan yang berlaku semasa ucapan. Itu rekod! Seusai habis sesi bersama pegawai MARA, fikiran saya melayang dan memikirkan tentang rasional MARA menghantar pelajar ke Universiti Iskandariah. Mungkin saya seorang yang demand, tetapi memeng kelengkapan di sini kurang lengkap berbanding universiti di Malaysia! Sungguh! Jika dibandingkan memang university ini kelengkapannya dan kemudahannya kurang. Bila saya fikirkan semula, saya teringat kembali entri saya yang lepas tentang mim.sod.ro. Mehnah di bumi kinanah ini sungguh menguji. Dari sini, doktor perubatan paling sabar boleh dilahirkan! Tambahan lagi Mesir ini bumi yang penuh ulama’, jadi bakal-bakal doktor seperti saya boleh mengambil kesempatan terhadap rahmat Allah di Mesir ini. Petang itu, saya ke Shatby ke rumah sahabat rapat sejak tingakatan empat, Fikri Abu Hasan. Saya ke sana untuk berziarah. Di Shatby saya belajar erti redha. Maklumlah menyewa di rumah orang tempatan, kelengkapan dan rumahnya bukan semewah harganya. Saya difahamkan harga sewa rumah mereka mencecah seribu dua ratus pound Mesir (kira-kiraRM 700). Bagi saya nilai itu tinggi jika dinisbahkan dengan keadaan rumahnya. Cuma rumah itu agak dekat dengan pesisir pantai, mungkin itu puncanya. Apa-apa pun yang berlaku, sabar mesti dipupuk, diiring redha demi rahmat tuhan!

Wednesday, October 1

Raya pertama di perantauan










Hari ini di Hayyu Asyir, Qahirah sibuk sekali dengan sambutan raya menjadikan dataran ini penuh...Sama seperti raya di Malaysia. Kepada semua yang mengenali saya, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Mim.Sod,Ro

Setelah sekian lama beruzlah, saya ingin memulakan semula perjuangan saya di medan aksara. Saya kini berada di negara orang. Demi mencari sesuap ilmu, saya sanggup ke ibu dunia ini. Bumi Kinanah menggamit saya dengan mesra. Semua kerana cinta! Cinta kepada-Nya, Rasul-Nya, ilmu-Nya membawa saya ke mari. Setakat ini saya menetap di ibu negara yang penuh dengan berjuta-juta orang ini. Hidup ini memang menarik. Ada yang menarik perhatian saya tentang kehidupan di Mesir. Masyarakat Mesir setakat pemerhatian saya cukup cintakan al-Furqaan. Semalam saya ke bank, saya lihat beberapa wanita tekun merenung mushaf (situasi yang belum pernah dijumpai di Malaysia. Pemerhatian yang saya lakukan sepanjang hamper 24 jam di sini, saya cukup tertarik dengan penduduk di Perlembahan Nil ini. Cukup harmoni. Saya dapat ilmu baru. Tentang pengertian mim, sod dan ro. م bermaksud mehnah atau cabaran yang menjadi warna kehidupan saya di sini. ص membawa pengertian sabar kedalam hidup yang bakal saya lalui di sini. ر membawa erti ridha yang akan mencetuskan rahmat Allah yang melimpah ruah. Selamat menempuh bulan Ramadhan yang penuh mehnah yang perlu di‘neutral’kan oleh sabar yang akan dihias ridha demi mengemis rahmat Allah! Ramadhan karim!