Wednesday, October 1

Mim.Sod,Ro

Setelah sekian lama beruzlah, saya ingin memulakan semula perjuangan saya di medan aksara. Saya kini berada di negara orang. Demi mencari sesuap ilmu, saya sanggup ke ibu dunia ini. Bumi Kinanah menggamit saya dengan mesra. Semua kerana cinta! Cinta kepada-Nya, Rasul-Nya, ilmu-Nya membawa saya ke mari. Setakat ini saya menetap di ibu negara yang penuh dengan berjuta-juta orang ini. Hidup ini memang menarik. Ada yang menarik perhatian saya tentang kehidupan di Mesir. Masyarakat Mesir setakat pemerhatian saya cukup cintakan al-Furqaan. Semalam saya ke bank, saya lihat beberapa wanita tekun merenung mushaf (situasi yang belum pernah dijumpai di Malaysia. Pemerhatian yang saya lakukan sepanjang hamper 24 jam di sini, saya cukup tertarik dengan penduduk di Perlembahan Nil ini. Cukup harmoni. Saya dapat ilmu baru. Tentang pengertian mim, sod dan ro. م bermaksud mehnah atau cabaran yang menjadi warna kehidupan saya di sini. ص membawa pengertian sabar kedalam hidup yang bakal saya lalui di sini. ر membawa erti ridha yang akan mencetuskan rahmat Allah yang melimpah ruah. Selamat menempuh bulan Ramadhan yang penuh mehnah yang perlu di‘neutral’kan oleh sabar yang akan dihias ridha demi mengemis rahmat Allah! Ramadhan karim!

No comments: