Saturday, January 31

memandang sayu


kalau bab tegur menegur ni, rasanya dah letih....
kalau tak tegur, rasa bersalah, kalau tegur kecewa berpanjangan,
jadi mereka yang menegur ada 2 pilihan,
tegur dan bersedia untuk hampa untuk melihat kesan teguran
ATAU
tak payah tegur dan memandang sayu kesalahan yang pelik.

kalau nk kira perit hati yang menangung, dua-dua memang perit!
tapi kalau nak bijak memilih, kena ada timbang tara dengan efek...
efek?
kalau tak tegur, orang yang sepatutnya ditegur tu akan rasa perbuatan dia betul..
bahaya jugak..
kalau tegur, orang yang ditegur tu akan benci kita.
tapi ada kawan yang cakap,
biarlah sesiapa pun nak benci kita...
kalau nak diikutkan beribu mungkin orang yang bencikan kita..
boleh ikut ke kata kawan saya ni?
boleh kot!!
yang penting kita disukai Allah!

Tuesday, January 27

dipergunakan dan mempergunakan


Kalau saya review balik tajuk ni, saya rasa macam nak tergelak. Memang kadang-kadang saya ada merasakan diri dipergunakan. Dan bila rasa begitu, tanya balik pada diri; bodoh sangat ke aku ni sampai dipergunakan? Bila dah muhasabah balik, semua berjanji akan berfikir lebih panjang dan tidak akan dipergunakan selepas ini. Jadi, bila dipergunakan vuat kali-kali yang seterusnya, semua akan menyesal dan mengulangi janji yang sama. Kalau saya dipergunakan pun saya akan buat benda yang sama. Tapi saya jarang dipergunakan (sebab saya bukan jenis baik sangat dengan orang), saya cuma kasihan kan kawan saya yang dipergunakan oleh teman rapat. Saya tak suka orang yang mempergunakan orang lain. Mereka ini saya lihat bagai orang jahat yang perlu dihapuskan dalam masyarakat. Memang saya geram sungguh. Saya benci orang ini berbanding orang yang sombong. Kalau orang sombong, ditegur hilang sombong. Tapi kalau orang yang mempergunakan orang lain merasakan itu adalah habit mereka. Kalau ditegur pun meraka akan sedar dan menyesal. Tapi bila dah jadi habit, semua tu akan diulang seperti biasa. Saya sayang kawan-kawan saya. Kalau kawan saya dipergunakan, saya betul-betul marah dengan orang yang mempergunakannya! Kalau nak ajak berkawan, saya sokong tapi janganlah berkawan semata-mata nak tahu translation movie memang orang tu tak berguna! Ingat tu, kalau berkawan biarlah ikhlas dan tak mempergunakan.

Lagi satu sifat yang saya benci, kalau orang tu mementingkan diri sendiri. Kalau di tadika memang semua orang bersaing untuk mendapatkan perhatian guru. Tapi masalahnya, kawan-kawan saya ni semua dah boleh jadi bapak orang! Itu yang saya kesalkan sangat. Semua pakat nak mementingkan diri untuk mendapatkan kasih sayang pensyarah. Bidang saya antara bidang yang susah, jadi kalau nak berjaya, perlulah ada kerjasama bukan persaingan! Semua perlu ada rasa kebersamaan bukan bermusuhan! Bidang saya ini kalau CGPA 4.00 pun jadi doktor, kalau 2.00 pun boleh jadi doktor. Jadi saya rasa orang yang bersaing untuk jadi best student ni orang yang paling bodoh dalam semesta. Lain dengan orang yang ambil persaingan itu sebagai semangat untuk belajar. Mereka tak kedekut ilmu macam yang bersaing dan menekan orang lain. Saya kalau orang kata saya pandai, saya aminkan saja! Saya masih belum cukup pandai tapi akan menjadi pandai seiring dengan orang-orang terhampir!

Tuesday, January 20

Selamat ulang tahun Luqman, Afiq dan Hafiq Syazwan

Seronok bila saya hadiri majlis hari jadi kawan seperjuangan. Saya jadi hilang tekanan bersama kawan-kawan lain meraikan hari ulang tahun kelahiran mereka. Sewajarnya hari lahir dikenang sebagai hari yang paling menyedihkan. Tapi, tak perlu rasanya emo sepanjang hari. Cuma perlu mengenang di mana sumbangan kita pada agama, keluarga dan negara. Selamat Hari Lahir!!

Thursday, January 15

pasca mid-term










Semasa orientasi di Kaherah dulu.


Selepas exam mid-term, saya jadi pelik. Ada rasa macam malas-malas sikit. Huh... Aura malas ni memang perlu ditumpaskan. Jadi saya rasa memang perlukan satu pendorong. Ingatkan nak telefon ma dan abah. Malangnya, ada masalah yang membuatkan saya terpaksa tangguhkan niat itu. Jadi dalam tempoh itu saya agak emo kerana bagai hilang tempat bergantung. Memang dasar anak mak dan abah!

Tapi buat sementara ini saya ada jumpa perangsang semangat saya. Result midterm saya walaupun setakat lepas makan, tapi masih memberangsangkan. Saya perlu teruskan usaha untuk peperiksaan final! Doakan ya?



Gambar presentation Biochemistry untuk final assesment

Wednesday, January 14

life with sets of assignment

In this few days, I do have such hectic life ever. I was assigned with a presentation from lecturer of Biochemistry and Pharmacology. Yeah, it's my fault to complete it in last minute. I do swear that last minute work makes you even worst. As my insistence to do it last minute, I need to carry two presentations in one week. I'm lucky I don't have to make such presentation in the same week. Well, I do think about having this work done just after I was assigned but I do have the strong L word in my skeletal muscle. Hahah...It's L.A.Z.Y!


If and only if I do assigned with such assignment after this, I need you, my friend to remind me to do it early. With my spirit had lowered down in this last 2 or three week, I wish I do have someone to encourage me to stick with my core business. I am sorry because I do not call my family weekly as usual. Miss my family so much nut I do not have such time to call you Abah and Ma!

I've been dreaming to have my courage back. Now, I can see it shadow! Let's hope that 'shadow' will turn to a real enthusiastic spirit. To all my friends, I am sorry for everything. I might had make you all disappointed of myself lately. I'm sorry to those I hurt in the past, now and in the future!


Saturday, January 10

Exam yang ditangguhkan


Peperiksaan yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan. Kenapa ditangguhkan, itu mungkin rahsia Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. Tapi rata-rata bersyukur. Semua diberi masa dan peluang lagi untuk mengulangkaji (jika masih diberi nyawa oleh Allah).

Bila dicerirtakan tentang ajal dan maut, bulu roma meremang. Kalau yang berada di Malaysia, akan berasa perihatin terhadap saudara se-Islam. Tapi kalau orang yang macam saya, perihatin itu lebih kerana Palestin adalah jiran bersebelahan tanah Musa ini. Saya fikirkan, kalau di Malaysia dan Mesir, tak ada orang risau kalau dia akan ditembak ketika berjalan menuju sekolah, pejabat atau pasar (kecuali kalau betul buat jahat). Kalau dibandingkan dengan keadaan di negara Palestin, mereka sentiasa diancam peluru (walaupun mereka tidak berbuat apa-apa). Sekarang kotak mesej offline saya dipenuhi dengan pelbagai mesej menyeru umat Islam seluruh dunia agar melakukan sesuatu demi Palestin. Lepas solat Jumaat tadi, di Gami' Ibrahim, Iskandariah ada demonstrasi. Polis ramai berkumpul untuk menghadapi risiko rusuhan besar-besar. Kebetulan hari ini saya agak terlambat untuk ke masjid. Jadi, hari ini saya hanya bersembahyang di depan simpang Asmara.

Bila dengar ada kawan saya yang terkepung dalam demonstrasi, saya jadi takut. Ada hikmah juga saya turun bersolat agak lewat. Adalah dilarang bagi kami menyertai rapat umum atau yang seerti dengannya atas alasan menjaga keselamatan. Lakukan apa yang sewajarnya dan yang termampu. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dan merahmati kalian selamanya.

*Al-Fatihah buat saudara-saudara kita di Palestin.

Monday, January 5

blog kosong


Dah berapa hari blog ini kosong. Bukan apa, sengaja biarkan emo menguasai. Kenapa saya emo?
Saja nak biarkan perasaan dilayan. terima kasih bagi mereka yang risau akan keadaan saya. Saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Biarlah saya tak popular. Hidup bahagia lebih penting.

Saya tak pernah kacau hidup orang. Malas nak pikirkan pasal orang lain. Tak seronok pun! Ada pulak yang rasa saya ambil tahu segalanya pasal mereka. Maaf, saya tiada masa untuk itu.

*Doakan untuk peperiksaan akhir semester yang kian mendatang! Ma3a taufiq wannajah!

Thursday, January 1

2009 atau 1430...

Malam ni malam terakhir tahun 2008 di Mesir. Kalau di Malaysia sekarang hampir pukul tiga. Saya terlalu sakit hati malam ni. Ada benda yang membuatkan hati melompat. Ada juga yang membuat darah menyirap. Saya suka orang datang ke asrama. Tak adalah sunyi sangat asrama ni tanpa pengunjung. Tiba-tiba, saya ter'emo' dengan tetamu malam ni. Tak tahu kenapa saya cepat panas sangat.

Tapi saya harap ada harapan yang cerah disebalik emosi saya yang kurang sihat menjelang tahun baru. Bukan niat saya menyalahkan orang lain atas ke 'kurang sempurana' an emosi saya. Tapi semua orang perlu ada hubungan mutualisme. Mereka jaga kesihatan emosi saya, saya juga akan turut menjaga kesiahatan emosi mereka. Bagi mereka yang pernah terasa dengan saya, ada satu benda yang kamu semua perlu tahu. Saya tak pernah dan tak akan menyimpan titik hitam itu dalam kotak memori.

Saya terlalu beremosi sejak akhir-akhir ini. Mungkin pasca-kontroversi menjadikan saya begini. Apa kontroversi itu? Tak perlu ingatkan saya pada perkara picisan yang lepas. Pada Allah saya mohon ampun atas dosa yang saya lakukan sepanjang 1429 dan 2008. Semua itu adalah kelemahan saya. Pada semua yang mengenali saya, maaf dipohon atas segala kesilapan saya. Pada Ma, Abah, Along, Abang Azmi, Angah, Abang Azfar, Abang Fadzilah, Kak Najah dan Bila, moga tahun baru kalian disinari limpah rahmat Allah. Salam Maal Hijrah & Tahun Baru 2009.

Kullu a'am wa entum bikheir!