There was an error in this gadget

Thursday, January 1

2009 atau 1430...

Malam ni malam terakhir tahun 2008 di Mesir. Kalau di Malaysia sekarang hampir pukul tiga. Saya terlalu sakit hati malam ni. Ada benda yang membuatkan hati melompat. Ada juga yang membuat darah menyirap. Saya suka orang datang ke asrama. Tak adalah sunyi sangat asrama ni tanpa pengunjung. Tiba-tiba, saya ter'emo' dengan tetamu malam ni. Tak tahu kenapa saya cepat panas sangat.

Tapi saya harap ada harapan yang cerah disebalik emosi saya yang kurang sihat menjelang tahun baru. Bukan niat saya menyalahkan orang lain atas ke 'kurang sempurana' an emosi saya. Tapi semua orang perlu ada hubungan mutualisme. Mereka jaga kesihatan emosi saya, saya juga akan turut menjaga kesiahatan emosi mereka. Bagi mereka yang pernah terasa dengan saya, ada satu benda yang kamu semua perlu tahu. Saya tak pernah dan tak akan menyimpan titik hitam itu dalam kotak memori.

Saya terlalu beremosi sejak akhir-akhir ini. Mungkin pasca-kontroversi menjadikan saya begini. Apa kontroversi itu? Tak perlu ingatkan saya pada perkara picisan yang lepas. Pada Allah saya mohon ampun atas dosa yang saya lakukan sepanjang 1429 dan 2008. Semua itu adalah kelemahan saya. Pada semua yang mengenali saya, maaf dipohon atas segala kesilapan saya. Pada Ma, Abah, Along, Abang Azmi, Angah, Abang Azfar, Abang Fadzilah, Kak Najah dan Bila, moga tahun baru kalian disinari limpah rahmat Allah. Salam Maal Hijrah & Tahun Baru 2009.

Kullu a'am wa entum bikheir!

2 comments:

kepalakotak said...

ha..
kotak memori
enta juga seorang kepalakotak?

Faizah Azaman said...

wah,wah,wah...apa kontroversi yg meletus di sana?apapun moga ayiem tabah di bumi Mim Sod Ra'a...inilah muqadimah cabarannya...teruskan melangkah! jangan putus harap. innallaha ma'ana! siru 'ala barakatillah...