There was an error in this gadget

Tuesday, December 30

K.A.W.A.N

Kalau nak diceritakan, banyak yang akan saya ceritakan pasal gabungan huruf k, a, w, a dan n. Semua sudah bosan dengan cerita tentang kawan! Saya suka berkawan. Semua orang boleh jadi kawan saya. Sebab apa yang penting, kawan saya boleh terima saya dan kawan-kawan saya yang lain. Saya suka berkawan. Kawan-kawan saya semua baik-baik. Kalau saya cakap kawan saya jahat, itu satu benda tipu. Atau mainan mulut saya yang tak boleh diam ni!

Memang kalau kawan saya buat benda yang pelik sikit saya akan tegur. Tapi saya tak kata kawan saya jahat. Syaitan yang jahat permainkan kawan saya, nak tarik kawan saya jadi kawan dia. Jadi saya main peranan untuk rebut balik kawan saya daripada jadi kawan syaitan!

Jadi kalau kawan-kawan yang saya tegur tu bukan maksudnya mereka jahat. Sebab kawan saya baiklah saya tak nak kawan saya buat benda pelik-pelik. Kawan saya juga adalah mereka yang boleh terima siapa saya dan yang penting boleh terima tulisan saya (itu pun kalau tulisan saya tak merepek dan boleh diterima umum).

Saya teringin nak minta maaf pada semua kawan-kawan saya sebelum tidur. Takut saya mati sebelum minta maaf pada semua. Saya seronok berkawan dengan kawan-kawan saya. Lagi satu jangan pandang serong kat kawan-kawan saya sebab kalau mereka buat salah pun sebab mereka sedang dipengaruhi anasir luar. Secara fitrahnya mereka baik! Betul tak kawan-kawan?

4 comments:

afiQFaiz said...

ssalam..btol tu baem..sy sokong 101%.. a friend in need is a friend in deed..

friend is like our own reflection,reflecting our identity,even things that we never know ourselves..because we tend to be comfortable with things that having the similarities with us..so,ur friends might have ur the same personalities as u!
friends actually depict ourselves..

=D

Muhammad Anas bin Kamarudin said...

yeay... aku baik

Faizah Azaman said...

Ya Rabb, ayiem angah sedang meniti denai hidupnya...moga ketemu muara matang yang mengenalkan kita kepada jati diri dan cekal hati. teruskan menulis dinda, menulis itu untuk dibaca oleh sesiapa yang dipanggil mad'u/ah. malah menulis adalah mekanisme dakwah yang disebut dakwah bil maqal wahai dinda...

.noel. said...

yup baem....
its true hope org pandang baik kt kwn2 koo!!!hahahah.....
sper kwn ko tuh gtau sikit
hahah
;-p