Alhamdulillah segala puji bagi tuhan semesta alam. Atas limpahan kasihnya, tulisan saya dapat dibaca oleh sidang pembaca sekalian. Entri kali ini adalah entri yang istimewa kerana ia hasil pendaman idea mentah saya selepas uzlah 40 hari. Cuti empat puluh hari ini cukup pendek (mungkin cuti sepanjang cuti bersalin tidak dikira pendek). Saya melalui beberapa mood dalam hidup saya sepanjang empat puluh hari ini.
- Mood pertama saya menjadi seorang pelajar yang ripuh menelaah pelajaran demi midsem.
- Mood kedua saya jadi seorang rakyat Malaysia yang terlalu asyik menyambut raya di perantauan.
- Mood ketiga saya jadi pelajar yang fokus dan optimis.
- Mood keempat saya jadi pelajar yang hilang fokus dan pesimis.
Kenapa ya saya jadi macam ni?
Kalau tengok balik apa yang terjadi pada hidup saya dalam empat puluh hari ini, kita lihat ada naik dan turun dalam hidup saya. Saya dapat merasai sesuatu darinya. Kata orang hidup umpama roda. Saya kata ya! Sebab bukti dah ada di atas. Sekarang pula saya dah jd invisible. Bukan kera sumbang. Cuma saya lebih aman hidup terasing. Kalau ada orang lain pun bukan boleh tolong saya melawan hukum roda yang saya sebut di atas tadi. Rasanya ASMARA Alex (Asrama MARA Iskandariah) pun melalui kitaran (maksud saya hidup di dalamnya). Waktu menteri datang, semua licin berkemas. Lepas menteri pulang semua terabur dan tak terurus (katil saya la) dan satu lagi kemudahan internet terabai.
Kenapa ASMARA pun ada perubahan?
Saya tak ada jawapan sebenar. Tapi saya rasa orang yang mengendali dan menghuni asrama ini pun sedang melalui kitaran roda masing-masing. Itu teori saya. Saya tak suruh semua sidang pembaca percaya seratus peratus. Kadang-kadang pun bosan sebenarnya menghuni ASMARA. Entah apa yang tak kena saya pun tak tahu. Macam lagi seronok duduk rumah sewa rasanya. Boleh masak sesuka hati. Boleh buat kek (beli tepung kek pra-bancuh), buat basbusa (pun beli ramuan segera) dan bakar bashamel (asyik makan kat kedai , bosan rasanya). Sekarang, Cuma boleh buat jeli dan mahalabeya (sebab dua-dua tak payah bakar).
Satu lagi, kenapa saya malas masak?
Bahan semua ada dalam peti ais. Tapi malas betul nak turun dapur. Dapur elektrik elok dan baru lagi (Terima Kasih pada Azriq yang beli hotplate untuk kami di Fathallah Suq Gomlah letaknya di Mandarah). Saya dulu cukup suka masak (walaupun tak sedap tapi bolehla nak bagi kawan-kawan rasa) lebih-lebih lagi untuk makan malam. Tapi sekarang asyik makan luar, jemu juga dengan makanan Arab tapi malas masak punya pasal sanggup digagahkan juga makan falafel, batatis, sbageti lahmah dan sebagainya. Sekali –sekala rindu nak rasa nasi goreng ala Malaysia bolah pergi Gad. Ada ruz sea food. Rasa memang macam nasi goreng Malaysia. Tapi mahal, tak larat nak makan tiap-tiap malam. Udang pun banyak, memang membuatkan mata berair (itu tanda resdung dah mengganas semula selepas lama berhibernasi).
Akhir sekali, kenapa saya jadi invisible?
Saya akan jawab, kalau saya ada sekalipun orang tak perasan. Jadi saya gelar diri saya invisible. Satu lagi teori saya, invisibility saya menjadikan saya pesimis agaknya. Saya rasa orang semua tak hiraukan saya. Mungkin sebab tu. Tapi bila saya fikir balik dan saya akan cakap pada diri saya sendiri, “tak kisahlah apa orang nak cakap!”. Itu kata saya. Orang lain kata kita sepatutnya bergaul dan sensitif kepada orang sekeliling. Saya balas, kenapa perlu sensitif? Kalau terlebih sensitif ada pula yang tak suka. Jadi lebih baik diam. Kan?
1 comment:
wahhaa
akhirnya!!
selamat kembali berkarya!!
Post a Comment