Saturday, January 10
Exam yang ditangguhkan
Peperiksaan yang sepatutnya berlangsung esok ditangguhkan. Kenapa ditangguhkan, itu mungkin rahsia Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan, Universiti Iskandariah. Tapi rata-rata bersyukur. Semua diberi masa dan peluang lagi untuk mengulangkaji (jika masih diberi nyawa oleh Allah).
Bila dicerirtakan tentang ajal dan maut, bulu roma meremang. Kalau yang berada di Malaysia, akan berasa perihatin terhadap saudara se-Islam. Tapi kalau orang yang macam saya, perihatin itu lebih kerana Palestin adalah jiran bersebelahan tanah Musa ini. Saya fikirkan, kalau di Malaysia dan Mesir, tak ada orang risau kalau dia akan ditembak ketika berjalan menuju sekolah, pejabat atau pasar (kecuali kalau betul buat jahat). Kalau dibandingkan dengan keadaan di negara Palestin, mereka sentiasa diancam peluru (walaupun mereka tidak berbuat apa-apa). Sekarang kotak mesej offline saya dipenuhi dengan pelbagai mesej menyeru umat Islam seluruh dunia agar melakukan sesuatu demi Palestin. Lepas solat Jumaat tadi, di Gami' Ibrahim, Iskandariah ada demonstrasi. Polis ramai berkumpul untuk menghadapi risiko rusuhan besar-besar. Kebetulan hari ini saya agak terlambat untuk ke masjid. Jadi, hari ini saya hanya bersembahyang di depan simpang Asmara.
Bila dengar ada kawan saya yang terkepung dalam demonstrasi, saya jadi takut. Ada hikmah juga saya turun bersolat agak lewat. Adalah dilarang bagi kami menyertai rapat umum atau yang seerti dengannya atas alasan menjaga keselamatan. Lakukan apa yang sewajarnya dan yang termampu. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dan merahmati kalian selamanya.
*Al-Fatihah buat saudara-saudara kita di Palestin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
alfatihah
tapi hadir ke masjid awal lebih afdal
salam,,
check this out: http://leokid.wordpress.com/2009/01/11/amaran-kepada-yang-memboikot/
al fatiha
weii,.tangguh2 jugak...
wat memolek exam tu..
kene kang...huhu...
all da best..
mudh2an najah kabir fil imtihan~
ma`assalamah,...!!
Post a Comment