Wednesday, March 31

kesunyian

masih baru di Hospital Moassah ini, saya rasa kurang selesa. jika nak kata saya cerewet atau apa pun katakanlah. east or west, home is the best. itu orang Inggeris kata. saya pun kata macam tu.

saya rindukan rumah,
tapi sekarang kan ada kuliah, mana boleh balik.

[keluh]

saya rindukan CC (Alexandria faculty of medicine, convention centre)
saya suka kuliah di sana berbanding sini.
tapi boleh ke saya nak kembali kuliah di Azarita?
kalau tak, kenapa tidak?
beri saya alasan yang memuaskan hati.

saya tak bersyukur?
mungkin ya, mungkin tak.

kenapa saya tak suka hospital moassah?
sebab saya rasa SUNYI.
ada orang sudi temankan?