Sunday, February 14

pengaharapan dan impian


tolak campur, tiga minggu blog ini terbiar kosong. Cadangnya nak tutup je blog ni. Tapi tak pelaaa..

pengaharapan, hari ini, 13 februari 2010. Pagi tadi ada exam anatomy. Next, lusa (15 februari 2010) ada exam microbiology. macam tak ready lagi jerr...tapi nak habis exam cepat.

ok...ada beberapa perkara yang perlu diulas.


pertama, hari ini 13 februari 2010. lepas exam tadi, segerombolan pelajar perubatan menyerbu ATM bank ABC di shalalat, alexandria, egypt. my point is, KENAPA ELAUN MARA TAK MASUK LAGI? saya bukan apa, sekarang da tengah bulan, banyak benda perlu dilangsaikan. ok, kalau kata mara tak ada duit nak bayar elaun buku dan perkakas sekarang, saya masih kata tak apa (ini soal lain). sekarang ni, duit elaun SARA HIDUP mesti dibayar dulu. tapi memandangkan tak masuk lagi, saya tak boleh cakap apa. senyap di mulut, kecoh di blog, kemudian menanti dan terus menanti!


kedua, Alhamdulillah, terima kasih kepada ahli study group yang saya join. kadang-kala yang di saat yang terakhir itu adalah yang teristimewa. setakat ini, semua paper yang telah habis dapat dijawab. tapi saya bukan sempurna, ada lompong kosong yang perlu diisi.


impian saya adalah isu ketiga...
apa impian saya sebenarnya, saya target untuk tahun pertama CGPA 3.0...
hasil usaha saya? hanya 2.9..mampir tapi bukan persis impian!
jadi apa impian saya sekarang?
mungkin apa yang saya nampak sekarang, saya sebagai pegawai perubatan...
beyond that, God knows better!

perubatan bidang saya...bidang yang telah dituliskan dalam takdir untuk saya.
saya istimewa, kawan-kawan sekelas juga istimewa...
juga kawan-kawan saya di bidang berlainan.
mereka istimewa, dipilih untuk mendalami bidang masing-masing.

saya ada diajukan soalan.
perubatan ni untuk pelajar genius ke? (lebih kurang macam ni soalannya)
saya jawab TAK!
saya kata, medic untuk yang berkeinginan. kalau berkeinginan, semua boleh diatur..
saya tak nafikan kepandaian diperlukan.
tapi menurut saya, kepandaian adalah kunci fleksibiliti pelajar perubatan dalam mendalami perubatan!

fikir di takah mana anda berada... jumpa lagi di post mendatang!


-KERJA TUHAN SIAPA TAHU-





8 comments:

kepalakotak said...

yay~!

kerja tuhan siapa tahu?

>___<

saya tak berkeinginan, bagaimana?

anwar azhari said...

ada ke yg berkeinginan utk belajar bidang perubatan nih.

keluh..

sAy iT oNce LovEly said...

nice post ever baem.. double thumbs up for my fren... hehe..


pasal ur answer pon the best lah....

medic is for someone yg berkeinginan...



seyes, to tepet, aku seniri berkeinginan nak amek medik.. hehe


tapi aku rasa ramai je yg berkeinginan nak amek medik... mak abah x pernah paksa me for this.. i run for myself je.. hehe

Unknown said...

yeap..duit..saya nak duit utk hidop winterbreak ni TwT

betul ke sume org xdpt duit lg????

duit elaun buku pun xlepas lg T^T

anwar azhari said...

wahh.. say it once lovely..
*u gotta find a shorter name*

its nice to say that u really want to get to med school.

weee~

Norain Ishak said...

(hakhakchum..banyak habuk dah blog nie.haha)

di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..terus berusaha!

Faizah Azaman said...

Yiem, sabar la. belum tentu pilihan kita tepat dan pilihan parents kita silap. money comes and go...just wait for it. kalau xcukup cakap. Jangan selalu kata ADA. barakallahu fik!

helang timur said...

menarik! :)

keep it up my beloved bro..