lepas tu melawat masjid el-rifa'i terletak di hadapan masjid sultan hassan. gambar masjid el-rifa'i ada terpampang di not 10 pound mesir. dalam masjid ini ada kubur raja farouk, raja mesir kedua terakhir. serta kubur shah muhamad reza pahlavi, shah Iran yang terakhir yang dibuang ke mesir. kubur dia memang grand sangat. siap ada bendera iran lama, seluruh bilik disaluti marmar hijau.
lepas tu, pergi ke masjid sayyidah aisyah, cicit nabi yang ke-6 kalo x silap. gambar nya ada dalam not 25 piasters mesir. melawat makam ahli keluarga nabi memang mendamaikan. tiada yang lebih mendamaikan di mesir.
kemudian, pergi ke makam imam syafei, imam mazhab kita, sambil-sambil melewati makam widak kalau tak silap, guru kepada imam syafei. di makam imam syafei, ada maam nya dan yang paling istimewa, dikatakan ada kesan tapak kaki nabi. memang syahdu, ada sentimen sayang masih di jiwa alhamdulillah...
meninggalkan makam imam syafei, menuju ke azhar kampus banin di tengah-tengah kota Qahirah. menjejak ke tanah mulia itu satu pengalaman mengasyikkan. universiti al-azhar sungguh-sungguh tempat terpilih. mengambil wudhu' di masjid al-azhar yang terletak bersebelahan. gambar masjid ini terpampang di not 1 pound mesir. berjumpa seorang syeikh, bersalam dengan syeih tafsir yang kata musyrif kami terkenal dan warak.
kemudian ke masjid hussein, menziarahi makam cucu nabi sangat mengharukan. nak tahu perasaannya? marilah ke Qahirah.
ouh..lupa.saya ke cairo untuk urusan tiket..alhamdulillah..dapat naik Qatar Airways tahun ni..
berjumpa ustaz faiz, musyrif saya dan amirul syaiful...
terima kasih juga pada 'kawan-kawan' amirul syaiful di cairo yang mengajak kami makan.
terima kasih semua!