Monday, March 24

Hospital Pekan yang besar tetapi kosong


Pagi-pagi lagi dikejutkan. Hasrat untuk ke Pekan telah abah nyatakan sejak semalam. Kami perlu ke Pekan. Simen di kaki abang Ala perlu dibuka. Setelah sampai di Pekan, kami terus ke Klinik Pesakit Luar (Hospital Lama Pekan). Selepas itu, saya memimpin abang Ala ke tingkat 1. Bersusah payah kami menaiki tangga. Sampai di kaunter, saya dilayan dengan cara yang cukup kurang sopan dan kurang ajar. Saya benci dengan cara dia melayan tetamu. Apatah lagi kami yang datang dari jauh. Bukan teringin dilayan seperti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, namun sikap yang ditunjukkan oleh pembantu jururawat itu benar-benar melampau. Serasa mahu melempangnya di situ juga. Alhamdulillah, destar kesabaran ini tidak terjatuh. Saya terus mengajak abah dan abang Ala terus ke Hospital Pekan (Baru). Di sana kami terus dirujuk ke Jabatan Kecemasan. Kami dilayan agak baik di situ (walaupun ada pembantu perubatan yang suka mempersoalkan kenapa kaki abang Ala jadi begitu). Kadangkala saya menyampah dengan perangai dan sikap mereka yang berlagak lebih professional daripada doktor. Kadangkala mereka lebih cerewet daripada doktor. Kehendaknya banyak. Benda yang tidak termasuk dalam prosedur pun hendak dilihatnya. Saya menemani abang Ala hingga ke akhir prosedur. Doktor menyuruh abang Ala berjalan. Kami kemudian ke kedai francais makanan terdekat. Usai makan, kami terus bersembayang dan kemudiannya kami menuju terus ke rumah Abang Ala. Dari rumah abang Ala, kami terus bergerak ke Temerloh. Sepanjang pemerhatian saya, terdapat hampir ± 50 kes kematian kematian haiwan akibat dilanggar kenderaan. Saya cukup pelik melihat sikap pemandu-pemandu muda di Malaysia. Saya rasa kasihan melihat ‘keluarga’ haiwan yang ditinggalkan. Antara haiwan yang ‘terlibat’ adalah monyet (dan kaum kerabatnya), ular, biawak dan pelbagai haiwan yang biasanya berkeliaran di tepi jalan. Mungkin tulisan saya kali ini agak pelik (dan kelihatan seperti tulisan seorang aktivis haiwan mungkin), namun inilah satu suara yang saya rasa perlu dilaungkan. Hmm..mungkin ini sahaja kali ini. Jumpa di lain entri!

Salam dari Bumi Gading Bertuah..

3 comments:

ummzaid said...

Salam alaik ayeim..

maaf, kak baru hari ni baca..kenapa dgn ala?

Unknown said...

Assalamualikum..
Di sini ingin saya jelaskan kepada anda mengapa pembantu perubatan, yang menurut anda begitu menyibuk mengambil tahu kenapa kaki abg ala anda tue patah.
Menurut ilmu perubatan, setiap penyakit mempunyai ciri2 tertentu. Bagi membezakan setiap penyakit itu, seseorang pengamal perubatan harslah mengambil riwayat pesakit atau apa yang dikenali sebagai "history taking". Jadi saya rasa apa yang menyebabkan saudara rasa pembantu perubatan itu terlalu menyibuk adalah perbuatan mengambil history taking itu tadi.
Jadi, sebagai salah seorang waris pesakit, saya rasakan anda telah menilai seseorang @ pekerjaan seseorang itu tanpa memeriksa apakah yang menyebabkan seseorang itu, khususnya pembantu perubatan tersebut bertanyakan hal2 berkaitan penyakit yang dihidapi oleh abang saudara..fikirkan..

Unknown said...

dear MA UK11/2002-2005

org buta jgn di beri lampu,
x guna...
nak memimpin , kita plak terikat...
x boleh.
biar ja si buta meniti tali yg kita ikat..
asalkan tuhan tahu niat kita