Thursday, July 1

paediatrician....

salam

rasanya macam dah berbulan tak menampal apa-apa di dinding blogger ini. sibuk dengan banyak urusan, setiap minggu ada exam, presentation bla...bla...bla...
okeh...itu tidak penting. yang penting, lepas exam kita balik malaysia yer?

paediatrik
saya tak tahu, dulu saya kurang minat budak2 kecik ni. mereka sangat mengada (macamla diri sendiri tak pernah jadi budak), tapi sejak akhir-akhir ni rasa macam minat sgt kat budak2.

1) sebab diorg comel
2) sebab sakit diorg banyak dan pelik
3) sebab mereka beritahu perkara sebenar..budak kan tak menipu..
4) sebab mereka ANUGERAH....

antara sebab lainnya, blog ni citer pasal paediatrik....


Monday, May 10

hari lahir.hari ibu.hari kenduri. + stress


Selamat hari lahir yang ke-** untuk bunda. Ma, baru je sambut birthday die 9 mei 2010. sehari selepas hari ibu, juga hari kenduri nak lelakinya..
moga selamat semuanya.



sekarang saya tengah stress.. tak tau la plak kenapa saya stress. saya tak tau..jangan ganggu!

Monday, May 3

sopan-santun


adab, sopan-santun, sebut apa saja.
orang kata itu adat Melayu. budaya orang timur. sejak bila kesantunan itu hilang?
kadang-kadang orang tak paham kesantunan dan kesusilaan tu penting. walau anda bukan berada di timur.

senang kata,
BERSOPAN-SANTUNLAH.

p/s: tak kisah pun kalau kau ada duit, tapi aku nak tengok kau punya sopan-santun kat mana.

Saturday, May 1

qatar airways > ALY-KUL

ini booking confirmation saya. saya nak balik. ada orang nak ikut? atau ada orang nak jemput?

Wednesday, April 28

jalan2 cairo, post terlambat





ini gambar masjid sultan hassan (sebenarnya ini not 100 pound mesir). letaknya di cairo. antara masjid tertinggi di cairo kata musyrif kami. juga dikenali masjid empat mazhab. bukan sembahyang dlm empat mazhab yer. tapi ade kelas untuk empat mazhab

lepas tu melawat masjid el-rifa'i terletak di hadapan masjid sultan hassan. gambar masjid el-rifa'i ada terpampang di not 10 pound mesir. dalam masjid ini ada kubur raja farouk, raja mesir kedua terakhir. serta kubur shah muhamad reza pahlavi, shah Iran yang terakhir yang dibuang ke mesir. kubur dia memang grand sangat. siap ada bendera iran lama, seluruh bilik disaluti marmar hijau.

lepas tu, pergi ke masjid sayyidah aisyah, cicit nabi yang ke-6 kalo x silap. gambar nya ada dalam not 25 piasters mesir. melawat makam ahli keluarga nabi memang mendamaikan. tiada yang lebih mendamaikan di mesir.

kemudian, pergi ke makam imam syafei, imam mazhab kita, sambil-sambil melewati makam widak kalau tak silap, guru kepada imam syafei. di makam imam syafei, ada maam nya dan yang paling istimewa, dikatakan ada kesan tapak kaki nabi. memang syahdu, ada sentimen sayang masih di jiwa alhamdulillah...

meninggalkan makam imam syafei, menuju ke azhar kampus banin di tengah-tengah kota Qahirah. menjejak ke tanah mulia itu satu pengalaman mengasyikkan. universiti al-azhar sungguh-sungguh tempat terpilih. mengambil wudhu' di masjid al-azhar yang terletak bersebelahan. gambar masjid ini terpampang di not 1 pound mesir. berjumpa seorang syeikh, bersalam dengan syeih tafsir yang kata musyrif kami terkenal dan warak.

kemudian ke masjid hussein, menziarahi makam cucu nabi sangat mengharukan. nak tahu perasaannya? marilah ke Qahirah.

ouh..lupa.saya ke cairo untuk urusan tiket..alhamdulillah..dapat naik Qatar Airways tahun ni..
berjumpa ustaz faiz, musyrif saya dan amirul syaiful...

terima kasih juga pada 'kawan-kawan' amirul syaiful di cairo yang mengajak kami makan.

terima kasih semua!







Friday, April 23

adamaya

saya baru-baru saja menjengah dunia drama semasa.
paling menarik, drama bersiri baru di stesyen tv swasta, AdaMaya.
cerita ini tentang kahwin atas kehendak keluarga, tanggungjawab dan amanah.

apa yang nak ditulis di sini,
persoalan keseriusan lelaki dalam menjalinkan hubungan dengan ciptaan tercantik, wanita.
betul, wanita betul-betul ingin tahu di mana tahap kesediaan lelaki menerima tanggungjawab.

jangan jadi lelaki di balik tabir. suka-suka tanpa ada keseriusan. ini soal hidup.
siapa yang belum tonton boleh berbuat demikian di www.tv3.com.my.
jika sudah yakin dan mantap. teraju langkah ke depan.

BERSEDIA UNTUK DUNIA BARU!


Thursday, April 22

menulis dan menulis....

tak nak bagi idea ni 'stagnant' sambil-sambil mencontohi housemate kesayangan, saya bertekad untuk menulis hari ini.

hari ini saya nak menulis tentang penerimaan dan keberuntungan...

kadang-kadang saya pelik tengok orang yang sangat-sangat beruntung tapi x reti bersyukur.
amalan utamanya selalu mengeluh, padahal semua yang diidamkan ada di depan mata. nak kasih sayang?
kawan-kawan sudah cukup memberikan teduhan.

terimalah kelemahan dan kelebihan diri, itu kunci kebahagian, kita ini makhluk-Nya.

satu lagi, nak sentuh pasal mesir bumi anbiya' juga lah.
hari tu ada borak-borak dengan seorang pelajar arab dalam kelas kami.
katanya, dia perasan yang segelintir pelajar malaysia masih enggan menerima mesir sebagai tempat belajar. home-sick? mungkin!

tapi se'home-sick' mana pun, sila terima bumi ini sebagai tempat berbakti.

walau setiap hari hampir dilanggar kereta,
walau setiap hari bergaduh (baca: tawar-menawar) dengan pakcik teksi,
walau kelewatan urusan arab menjadi makanan ruji,
terimalah...

bumi ini tempat kehidupan,
bumi ini tempat galian ilmu,
walau dengan mikroskop zaman perang dunia kedua,

TERIMALAH BAHAWA MIKROSKOP TUA ITU MENDIDIK PROFESOR TERULUNG YANG BERBAKTI PADA KITA SEKARANG!