Tuesday, December 30

K.A.W.A.N

Kalau nak diceritakan, banyak yang akan saya ceritakan pasal gabungan huruf k, a, w, a dan n. Semua sudah bosan dengan cerita tentang kawan! Saya suka berkawan. Semua orang boleh jadi kawan saya. Sebab apa yang penting, kawan saya boleh terima saya dan kawan-kawan saya yang lain. Saya suka berkawan. Kawan-kawan saya semua baik-baik. Kalau saya cakap kawan saya jahat, itu satu benda tipu. Atau mainan mulut saya yang tak boleh diam ni!

Memang kalau kawan saya buat benda yang pelik sikit saya akan tegur. Tapi saya tak kata kawan saya jahat. Syaitan yang jahat permainkan kawan saya, nak tarik kawan saya jadi kawan dia. Jadi saya main peranan untuk rebut balik kawan saya daripada jadi kawan syaitan!

Jadi kalau kawan-kawan yang saya tegur tu bukan maksudnya mereka jahat. Sebab kawan saya baiklah saya tak nak kawan saya buat benda pelik-pelik. Kawan saya juga adalah mereka yang boleh terima siapa saya dan yang penting boleh terima tulisan saya (itu pun kalau tulisan saya tak merepek dan boleh diterima umum).

Saya teringin nak minta maaf pada semua kawan-kawan saya sebelum tidur. Takut saya mati sebelum minta maaf pada semua. Saya seronok berkawan dengan kawan-kawan saya. Lagi satu jangan pandang serong kat kawan-kawan saya sebab kalau mereka buat salah pun sebab mereka sedang dipengaruhi anasir luar. Secara fitrahnya mereka baik! Betul tak kawan-kawan?

Sunday, December 28

unbreak.my.heart.

REGRESA A MI


No me abandones asi
hablando solo de ti
Ven y devuelveme al fin
la sonrisa que se fue
Una vez mas
tocar tu piel
y hondo suspirar
Recuperemos lo que se ha perdido

(Chorus)
Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Yo no quiero llorar
Regresa a mi


Extraño el amor que se fue
Extraño la dicha tambien
Quiero que vengas a mi
y me vuelvas a querer
No puedo mas
si tu no estas
Tienes que llegar
Mi vida se apaga
sin ti a mi lado

(Chorus)
Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Yo no quiero llorar
Regresa a mi

No me abandones asi
hablando solo de ti
Devuelveme la pasion de tus brazos
Regresa a mi
Quiereme otra vez
Borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Yo no quiero llorar
Borra el dolor
que al irte me dio
cuando te separaste de mi
Dime que si
Dime que si

Regresa a mi

Regresa a mi

Unbreak my heart versi Il Divo ini cukup menyentuh...

Saturday, December 27

menerima keadaan seadanya

Hidup kita punya pilihan. Menulis blog adalah pilihan untuk meluahkan rasa hati. Saya bukan orang sempurna. Apa yang saya tulis hanyalah fikiran saya. Apa yang tersembunyi hanya saya mengerti. Saya suka jika ada sesiapa menulis timbal balas kepada lukisan saya. Semoga hikmah itu dapat ditafsir. Kepada semua sahabat-sahabat yang pernah terasa dengan tulisan saya, saya memohon ampun daripada Allah SWT dan meminta maaf kepada kalian. Bukan terdetik niat untuk menjadikan blog ini blog gosip atau blog yang memburukkan bangsa manusia. Semoga saya terus setia menulis!

Friday, December 26

Terima kasih dunia!

Bukan selalu saya bercampur dengan penghuni asrama MARA. Saya bukan suka bersosial dengan semua orang. Segan la! Tapi saya tak nak jadi kambing yang duduk seorang tunggu harimau! Saya nak jadi manusia. Tengoklah dulu... Tapi setakat ni saya dah ok dengan semua penghuni bangunan lapan tingkat ni. Macam saya pernah cakap, saya bukan tak baik ngan semua orang tapi saya tak suka campur hal orang lain. Tapi benda yang tak baik saya perlu komen!

1. Saya suka orang nak cari pasangan hidup mati dunia akhirat (saya sokong pembinaan masjid!), tapi jangan la melampau sangat. Sikit-sikit udah ler. Sampai nak pegang-pegang tangan di tempat awam tu (dan tempat tersembunyi), itu namanya dah melampau. Saya tak tujukan kepada lepasan Shahputra semata-mata, KTT, UKM dan IKIP pun kena terasa. Saya bukan sempurna sangat, tapi ini benda yang saya tahu ia salah! Saya lagi suka kawan saya kahwin awal daripada buat benda-benda yang pelik. Alhamdulillah tak ada lagi yang buat benda yang betul-betul pelik. Tapi saya memandang persentuhan lapisan luar kulit itu satu yang pelik. Juga keluar berdua yang boleh mengundang fitnah. Saya anti fitnah. Tak berkenan betul kalau ustaz dan usatazah pandang pelajar perubatan sebagai pencemar nama Malaysia di Mesir. Kalau katanya ahsan naas, tolonglah jaga tangan dan seluruh anggota secara holistik! Tak kan nak ustaz dan usatzah gelar kita sebagai pengganggu reputasi.

2. Saya sokong kerja-kerja organisasi tapi jangan bersaing untuk menegakkan diri sendiri betul semata-mata betul. Memang betul kata orang-orang tersebut tapi jangan sampai bawa dalam perjumpaan. semua orang tengok tak elok. Dua orang pemimpin yang bagus dan ideanya bernas saling nak bidas satu sama lain dalam perjumpaan organisasi.

3. Saya suka orang yang bersemangat dengan kerja berkumpulan, tapi saya tak berapa berkenan dengan orang yang menekan ahli lain dalam kumpulan tersebut. Memang komitmen itu penting tapi manusia biasa mempunyai berpuluh lagi komitmen. Keputusan pun mesti dibuat dengan persetujuan semua. Bimbang kalau keputusan itu mengganggu komitmen orang lain yang tiada kaitan dengan kita.

Saya bukan orang yang sempurna untuk mencaci tapi saya hanya menegur diri saya dahulu dan kemudian mengajak orang ke arah kebaikan. Juga menegah saya daripada maksiat dan kemudian menegah orang lain dari kefasadan.

Sunday, December 21

akhirnya...entri selepas cuti!

Alhamdulillah segala puji bagi tuhan semesta alam. Atas limpahan kasihnya, tulisan saya dapat dibaca oleh sidang pembaca sekalian. Entri kali ini adalah entri yang istimewa kerana ia hasil pendaman idea mentah saya selepas uzlah 40 hari. Cuti empat puluh hari ini cukup pendek (mungkin cuti sepanjang cuti bersalin tidak dikira pendek). Saya melalui beberapa mood dalam hidup saya sepanjang empat puluh hari ini.

- Mood pertama saya menjadi seorang pelajar yang ripuh menelaah pelajaran demi midsem.

- Mood kedua saya jadi seorang rakyat Malaysia yang terlalu asyik menyambut raya di perantauan.

- Mood ketiga saya jadi pelajar yang fokus dan optimis.

- Mood keempat saya jadi pelajar yang hilang fokus dan pesimis.

Kenapa ya saya jadi macam ni?

Kalau tengok balik apa yang terjadi pada hidup saya dalam empat puluh hari ini, kita lihat ada naik dan turun dalam hidup saya. Saya dapat merasai sesuatu darinya. Kata orang hidup umpama roda. Saya kata ya! Sebab bukti dah ada di atas. Sekarang pula saya dah jd invisible. Bukan kera sumbang. Cuma saya lebih aman hidup terasing. Kalau ada orang lain pun bukan boleh tolong saya melawan hukum roda yang saya sebut di atas tadi. Rasanya ASMARA Alex (Asrama MARA Iskandariah) pun melalui kitaran (maksud saya hidup di dalamnya). Waktu menteri datang, semua licin berkemas. Lepas menteri pulang semua terabur dan tak terurus (katil saya la) dan satu lagi kemudahan internet terabai.

Kenapa ASMARA pun ada perubahan?

Saya tak ada jawapan sebenar. Tapi saya rasa orang yang mengendali dan menghuni asrama ini pun sedang melalui kitaran roda masing-masing. Itu teori saya. Saya tak suruh semua sidang pembaca percaya seratus peratus. Kadang-kadang pun bosan sebenarnya menghuni ASMARA. Entah apa yang tak kena saya pun tak tahu. Macam lagi seronok duduk rumah sewa rasanya. Boleh masak sesuka hati. Boleh buat kek (beli tepung kek pra-bancuh), buat basbusa (pun beli ramuan segera) dan bakar bashamel (asyik makan kat kedai , bosan rasanya). Sekarang, Cuma boleh buat jeli dan mahalabeya (sebab dua-dua tak payah bakar).

Satu lagi, kenapa saya malas masak?

Bahan semua ada dalam peti ais. Tapi malas betul nak turun dapur. Dapur elektrik elok dan baru lagi (Terima Kasih pada Azriq yang beli hotplate untuk kami di Fathallah Suq Gomlah letaknya di Mandarah). Saya dulu cukup suka masak (walaupun tak sedap tapi bolehla nak bagi kawan-kawan rasa) lebih-lebih lagi untuk makan malam. Tapi sekarang asyik makan luar, jemu juga dengan makanan Arab tapi malas masak punya pasal sanggup digagahkan juga makan falafel, batatis, sbageti lahmah dan sebagainya. Sekali –sekala rindu nak rasa nasi goreng ala Malaysia bolah pergi Gad. Ada ruz sea food. Rasa memang macam nasi goreng Malaysia. Tapi mahal, tak larat nak makan tiap-tiap malam. Udang pun banyak, memang membuatkan mata berair (itu tanda resdung dah mengganas semula selepas lama berhibernasi).

Akhir sekali, kenapa saya jadi invisible?

Saya akan jawab, kalau saya ada sekalipun orang tak perasan. Jadi saya gelar diri saya invisible. Satu lagi teori saya, invisibility saya menjadikan saya pesimis agaknya. Saya rasa orang semua tak hiraukan saya. Mungkin sebab tu. Tapi bila saya fikir balik dan saya akan cakap pada diri saya sendiri, “tak kisahlah apa orang nak cakap!”. Itu kata saya. Orang lain kata kita sepatutnya bergaul dan sensitif kepada orang sekeliling. Saya balas, kenapa perlu sensitif? Kalau terlebih sensitif ada pula yang tak suka. Jadi lebih baik diam. Kan?

Friday, November 7

Ma'alish, uzlah sementara!

Maaf, blog ini beruzlah selama 40 hari. entri akan datang adalah pada 17 Disember 2008. Maaf kepada semua sidang pembaca. Wassalam. Kullu sanah wa entum bikheir! Salam Aidiladha...

Wednesday, October 8

Pagi itu saya pergi ke universiti untuk sesi pra-orientasi. Hanya sekadar mendengar celoteh dari Pegawai MARA. Mujur ucapannya santai. Kami mendengar sehingga ucapan itu habis. Tiada seorang pun terlena seperti kebiasaan yang berlaku semasa ucapan. Itu rekod! Seusai habis sesi bersama pegawai MARA, fikiran saya melayang dan memikirkan tentang rasional MARA menghantar pelajar ke Universiti Iskandariah. Mungkin saya seorang yang demand, tetapi memeng kelengkapan di sini kurang lengkap berbanding universiti di Malaysia! Sungguh! Jika dibandingkan memang university ini kelengkapannya dan kemudahannya kurang. Bila saya fikirkan semula, saya teringat kembali entri saya yang lepas tentang mim.sod.ro. Mehnah di bumi kinanah ini sungguh menguji. Dari sini, doktor perubatan paling sabar boleh dilahirkan! Tambahan lagi Mesir ini bumi yang penuh ulama’, jadi bakal-bakal doktor seperti saya boleh mengambil kesempatan terhadap rahmat Allah di Mesir ini. Petang itu, saya ke Shatby ke rumah sahabat rapat sejak tingakatan empat, Fikri Abu Hasan. Saya ke sana untuk berziarah. Di Shatby saya belajar erti redha. Maklumlah menyewa di rumah orang tempatan, kelengkapan dan rumahnya bukan semewah harganya. Saya difahamkan harga sewa rumah mereka mencecah seribu dua ratus pound Mesir (kira-kiraRM 700). Bagi saya nilai itu tinggi jika dinisbahkan dengan keadaan rumahnya. Cuma rumah itu agak dekat dengan pesisir pantai, mungkin itu puncanya. Apa-apa pun yang berlaku, sabar mesti dipupuk, diiring redha demi rahmat tuhan!

Wednesday, October 1

Raya pertama di perantauan










Hari ini di Hayyu Asyir, Qahirah sibuk sekali dengan sambutan raya menjadikan dataran ini penuh...Sama seperti raya di Malaysia. Kepada semua yang mengenali saya, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin.

Mim.Sod,Ro

Setelah sekian lama beruzlah, saya ingin memulakan semula perjuangan saya di medan aksara. Saya kini berada di negara orang. Demi mencari sesuap ilmu, saya sanggup ke ibu dunia ini. Bumi Kinanah menggamit saya dengan mesra. Semua kerana cinta! Cinta kepada-Nya, Rasul-Nya, ilmu-Nya membawa saya ke mari. Setakat ini saya menetap di ibu negara yang penuh dengan berjuta-juta orang ini. Hidup ini memang menarik. Ada yang menarik perhatian saya tentang kehidupan di Mesir. Masyarakat Mesir setakat pemerhatian saya cukup cintakan al-Furqaan. Semalam saya ke bank, saya lihat beberapa wanita tekun merenung mushaf (situasi yang belum pernah dijumpai di Malaysia. Pemerhatian yang saya lakukan sepanjang hamper 24 jam di sini, saya cukup tertarik dengan penduduk di Perlembahan Nil ini. Cukup harmoni. Saya dapat ilmu baru. Tentang pengertian mim, sod dan ro. م bermaksud mehnah atau cabaran yang menjadi warna kehidupan saya di sini. ص membawa pengertian sabar kedalam hidup yang bakal saya lalui di sini. ر membawa erti ridha yang akan mencetuskan rahmat Allah yang melimpah ruah. Selamat menempuh bulan Ramadhan yang penuh mehnah yang perlu di‘neutral’kan oleh sabar yang akan dihias ridha demi mengemis rahmat Allah! Ramadhan karim!

Tuesday, September 23

Setelah sekian lama beruzlah, saya ingin memulakan semula perjuangan saya di medan aksara. Saya kini berada di negara orang. Demi mencari sesuap ilmu, saya sanggup ke ibu dunia ini. Bumi Kinanah menggamit saya dengan mesra. Semua kerana cinta! Cinta kepada-Nya, Rasul-Nya, ilmu-Nya membawa saya ke mari. Setakat ini saya menetap di ibu negara yang penuh dengan berjuta-juta orang ini. Hidup ini memang menarik. Ada yang menarik perhatian saya tentang kehidupan di Mesir. Masyarakat Mesir setakat pemerhatian saya cukup cintakan al-Furqaan. Semalam saya ke bank, saya lihat beberapa wanita tekun merenung mushaf (situasi yang belum pernah dijumpai di Malaysia. Pemerhatian yang saya lakukan sepanjang hamper 24 jam di sini, saya cukup tertarik dengan penduduk di Perlembahan Nil ini. Cukup harmoni. Saya dapat ilmu baru. Tentang pengertian mim, sod dan ro. م bermaksud mehnah atau cabaran yang menjadi warna kehidupan saya di sini. ص membawa pengertian sabar kedalam hidup yang bakal saya lalui di sini. ر membawa erti ridha yang akan mencetuskan rahmat Allah yang melimpah ruah. Selamat menempuh bulan Ramadhan yang penuh mehnah yang perlu di‘neutral’kan oleh sabar yang akan dihias ridha demi mengemis rahmat Allah! Ramadhan karim!

Monday, September 22

Selamat tinggal Malaysia, platform saya menabur budi jasa dan bakti!

Gambar ini membawa seribu kenangan. Saya menikmati gambar-gambar ini sebagai pengubat rindu saya terhadap Malaysia.
















Ini bandar kelahiran saya...














ini pula sekolah lama saya...

Tuesday, August 12

CINTA

Hidup ini penuh cinta. Kita bernyawa kerana cinta. Malahan, kita berjiwa hanyalah milik-Nya. Hidup saya dipenuhi percikan cahaya cinta. Indah sungguh dunia dengan cinta. Saya ada kisah dari pengalaman sebenar. Kawan saya punya banyak ‘sesi’ percintaan. Adakalanya penuh kepura-puraan dan mungkin kesetiaan melampau terhadap pasangan masing-masing. Saya jadi hairan, manusia kini mula melupakan definisi cinta yang sebenar. Mereka melihatnya sekadar hubungan yang kadangkala membawa mereka ke arah nikmat dan nafsu semata-mata. Hidup ini bukan untuk berfoya-foya. Tugas besar menanti di sini, di dunia yang bila-bila sahaja akan musnah dan kita bertemankan sebuah kunci untuk merungkai segalanya. CINTA. Tiga peranan utama manusia adalah Abidullah (hamba Allah), Khalifatullah (khalifah Allah) dan Daie ilallah (penyeru ke jalan Allah). Peranan sebagai Abidullah sudah pasti perlukan cinta. Dengan cinta hamba kepada tuan empunya dirinya, kita masih berfungsi sebagai Abidullah (andai kita betul-betul memenuhi prasyarat yang tertentu). Atas nama cinta pada-Nya, kita juga bersetuju untuk menjadi untuk menjadi khalifah. Ada kisah mengatakan gunung yang tegak perkasa pun menolak permintaan Tuhan untuk menjadi khalifah. Kerana cinta kita kepada Tuhan dan agama-Nya kita harus sanggup menjadi daie ilaallah.

Perkara ini sering menjadi tanda tanya. Adakah dakwah itu kerja kami? Bukan itu kerja orang agama ke? Soalan ini sering diajukan andai ditanya kenapa umat kini tidak menyebarkan agama Islam. Ada juga yang mengatakan dakwah sebagai pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang bergelar daie sahaja. Saya jadi hairan, pendedahan tiada atau keperihatinan itu yang pudar? Persoalan tentang dakwah dan peranan kita dalam masyarakat berbilang bangsa ini cukup kompleks. Ramai yang sering bertanya tentang cara-cara berdakwah. “Kalau saya tidak elok, bagaimana untuk menegur orang lain?”, “Mengapa perlu kita berdakwah?”, “Kalau orang tak mahu dengar nasihat saya, bagaimana?” adalah antara soalan yang sering meniti di bibir ummah kini. Saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk menjawab persoalan-persoalan ini. Bukan kerana saya tidak tahu, tapi saya belum layak untuk memberitahu dan masih mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan seterusnya. Doakan saya terus gigih dalam mencari erti hidup!

Monday, August 4

MALAM YANG TENANG

Malam ini saya bagai diseksa. Fizikal saya tidak disentuh. Hati dan perasaan saya terseksa. Bukan salah sesiapa. Banyak perkara yang buat saya berasa bagai di penjara dunia. Pertukaran dunia saya dari bidang kejuruteraan ke dunia perubatan membuatkan saya bagai dikelar. Saya teringat sesuatu sewaktu saya buat keputusan ini. Apa yang saya fikirkan dan putuskan akan saya hadapi semampu mungkin. Kata-kata Cikgu Mariah pada satu Rabu di dalam bilik simulasi Matematik, KISAS saya ambil sebagai bahan penting untuk timbang tara. Katanya, kita tentukan apa target kita dan lalui apa sahaja untuk mendapatinya. Dikaitkan juga dengan cara orang Islam mendapat target utama mereka; mardhatillah (orang Islam akan berusaha di dunia untuk mencapai keredhaan Ilahi di akhirat kelak). Maksudnya, amalan kita selama ini bukan untuk bekalan agar dilihat orang, tetapi amalan itu tuntutan penting untuk mendapatkan mardhatillah. Perlukah kita mengeluh andai kita terdampar di batu karang sepanjang pelayaran? Fikirkan semula andai usaha kita selama ini sudah cukup. Bolehkah tercapai impian mendapatkan mardhatillah?

Mengapa harus kita rasa kecewa,

Sedangkan tuhan lebih mengetahui,

Apa yang terbaik untuk makhluknya,

Bukan ditakdir untuk menyeksa…